Ahad, 21 November 2010

Huhuhuhu..boring tak tahu nk buat ape..

Ermm… sungguh kosong malam ini. Fikiran berasa sungguh kosong. Dibaca nota biotek beberapa kerat selepas itu perasaan bosan mula meresap. Tidak mengerti apa yang harus dilakukan. Melihat detik-detik masa berlalu pantas. Saat demi saat. Tak pernah menunggu. Ermm… Mungkin aku sudah jauh ditinggalkan.



Aku melihat kepada susunan buku-buku koleksi yang pernah aku beli. Diperhatikan satu persatu. Mencari buku-buku yang tidak dibaca lagi. Mungkin ada dalam susunan itu yang terlepas pandang daripada bacaanku.



“ermmm… aku oyak doh. Ado sungguh”. Hatiku berdesis..



‘Bidadari-bidadari Syurga’… penulis Novel Best Seller Hafalan Solat Delissa & Moga Bonda di Sayang Allah..



Sungguh aku tak pernah membaca novel tulisan Tere-Liye ini. Seorang penulis novel daripada Indonesia. Tetapi novelnya yang bertajuk Hafalan Solat Delissa pernah aku lihat di pasaran Malaysia. Kata sahabatku agak bagus juga buku ini.



Tebalnya 388 muka surat. Kalau aku tumpu seharian mampu dihabiskan ni. Itulah kegemaran aku disaat waktu lapang. Membaca sebarang buku yang rasanya boleh mendapat manfaat. Novel-novel yang boleh diintai kisahnya untuk menjadi tatapan hidup aku. Bagus juga membaca novel. Kadang-kadang menjadi cerminan kepada hidup kita. Ada orang kata buat apa baca novel. Kita kena tipu. Kena tipu hidup-hidup oleh penulis. Fantasi dan khayalan penulis semata-mata.



Bagi aku terpulanglah kepada individu. Jikalau merasakan ada faedah darpada bacaan novel teruskanlah. Aku merasakan faedah yang aku dapat. Penulis-penulis yang beridealisme akan menukilkan idea-idea pendidikannya dalam bentuk cerita novel untuk mendidik masyarakat. Penulis-penulis hantu pula menggunakan novel meletakkan pembaca-pembacanya di khayalan fantasi yang membuang masa dan memualkan. Lihatlah novel-novel cinta. Kadang-kadang jalan penceritaannya ‘terover’.



Faisal Tehrani, Fatimah Syarha, Abdul Latip Talib dan ramai lagi novelis mempunyai idealisme dalam penulisannya. Bukan menulis suka-suka. Tetapi menulis untuk ‘memasukkan’ otaknya kedalam otak pembaca. Mungkin dengan harapan inginkan pembaca berfikir sepertinya ataupun mirip sepertinya. Wah hebat sungguh kuasa penulisan. Sampai begitu sekali.



Dalam penulisan penggunaan perkataan juga memainkan peranan yang cukup penting. Satu perkataan yang tepat ia mampu menceritakan keadaan sebenar di alam khayalan penulis. Menerangkan dengan teliti dan tepat tanpa bersimpang siur. Pembaca mudah untuk menghadamnya.



Zulkifli Bin Mohammad. Ada cita-citanya. Mahu menjadi penulis. Menulis untuk merubah. Merubah untuk masa depan yang lebih terjamin dunia akhirat.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.