Jumaat, 7 Januari 2011

Pendatang baru Muallij muda..


Alhamdulillah..



Akhirnya Allah memberikan kesempatan kepada saya untuk mempelajari ilmu rawatan Islam. Ilmu yang bagi saya sangat penting dalam mencari ikhtiar untuk mengelakkan dan membuang sebarang ganguan daripada makhluk-makhluk Allah yang lain daripada mengganggu kehidupan kita.



Dalam kehidupan kita berkongsi dunia dengan makhluk yang bernama Jin, sebarang ganguan boleh terjadi hasil tindakan kita yang tidak tersengaja dan juga hasad dengki orang lain terhadap kita.



Hotel Raudah di Kota Bharu Bandaraya Islam melakar sejarah apabila aku berkesempatan untuk bersama Ayahda Ustaz Majid mendalami ilmu rawatan Islam. Segala ilmu dan petua yang diturunkan oleh Ayahda Ustaz Majid digarap sebaik mungkin untuk menjadi seorang Muallij yang berilmu.



Kadang-kadang berderau juga darah apabila mendengar risiko-risiko yang dilontarkan oleh Ustaz Majid yang terpaksa dihadapi oleh seseorang Muallij. Tetapi insyaAllah dengan amalan-amalan yang dibekalkan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah segala pengaharapan kita dan perlindungan hanya kepada Allah yang menciptakan segala makhluknya. Segala yang berlaku semuanya dalam aturan Allah untuk menguji iman makhluknya.



Semoga ilmu yang saya ada ini dapat dimanfaatkan untuk masyarakat… AMIN..

1 Cetusan minda:

Cikgu Fasiha 22 Mac 2011 pada 4:58 PTG  

Masha'Allah... Ada tok bomoh terbaru. Moga bersedia dengan apa jua cabaran. Mabruk!

  ©Template by Dicas Blogger.