Rabu, 14 Januari 2009

Palestin...Apa pendiriann kerajaan kita??

Kita tidak serius dalam mengambil langkah-langkah untuk menekan yahudi dan amerika syarikat. Itu yang boleh dikatakan dengan sikap yang diambil kerajaan Malaysia sekarang. Sebagai sebuah Negara Islam yang kononnya dihormati oleh Ulama-ulama besar dan juga Negara-negara OIC kita sepatutnya mengambil tindakan yang proaktif dalam berhadapan dengan isu palestin.

 

Amerika Syarikat adalah antara sekutu Israel yang paling kuat dan paling lantang mempertahankan Israel. Sebagai salah sebuah kuasa besar dunia Amerika menggunakan segala kebolehan untuk menghalalkan serangan-serangan Israel ke atas umat Islam di Palestin. Amerika yang kononnya selalu memperjuangkan hak asasi manusia sanggup berdolak dalih dalam menghalalkan serangan ke atas umat Islam.

 

Saya bersetuju dengan cadangan yang hebat oleh pemimpin-pemimpin pakatan rakyat supaya mengusir kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia. Ini perlu supaya ia boleh menunjukkan sikap kita terhadap isu ini. Kita yang kononnya model terbaik Negara Islam perlu bersikap proaktif dalam mempertahankan nasib umat Islam di seluruh dunia. Tidak guna sekadar beretorik semata-mata kerana retorik yang maha cantik tidak mampu untuk mengubah nasib rakyat Palestin. Dengan keganasan yang melampau Israel dan disokong sekutunya Amerika saya merasakan amat wajar sekali kiata menghalau duta Amerika di Malaysia sebagai tanda bankangan kita terhadap operasi ketenteraan terhadap rakyat Israel.

 

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah sedemikian sebagai tanda komitmen mereka dalam isu keganasan rejim Zionis terhadap penduduk Gaza.

"Jika kerajaan Malaysia serius membantah tindakan Israel dan apa yang dipersetujui Amerika, tindakan mengusir Duta Amerika perlu segera dilakukan.

"Jika enggan berbuat demikian bermakna mereka (kerajaan Malaysia) merestui apa yang diputuskan oleh Amerika iaitu membenarkan Israel terus menyerang Gaza," tegas beliau.

Jelas Mahfuz, tindakan sedemikian perlu dilakukan selain dari tindakan memboikot barangan dari Amerika.

Selain dari mengusir Duta Amerika, PAS juga kata Mahfuz mendesak agar kerajaan Malaysia memanggil Duta Mesir dan mendesak Mesir agar membuka sempadan di Rafah agar bantuan dapat disalurkan kepada Palestin.

"Jika Mesir enggan berbuat demikian, Malaysia boleh mendesak negara-negara OIC supaya memboikot Mesir," jelas Mahfuz.

Jadi kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab memilih pemimpin hendaklah mendesak kerajaan kita sendiri supaya bersikap lebih tegas dalam hal ini. Ini adalah tanggugjawab kita semua. Isu Palestin bukan sahaja melibatkan rakyat Palestin. Isu ini adalah isu sejagat yang menjadi tangungjawab semua umat Islam. Segala usaha kita untuk membebaskan Palestin walaupun tidak direstui oleh orang sekular akan mendapat ganjaran yang besar oleh Allah Taala dan InsyaAllah akan mendapat keredhaannya untuk berada di tempat orang-orang yang soleh..

 

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.