Jumaat, 16 Januari 2009

Kepala babi diletak di surau UM

Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila dua kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara.

Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu disedari oleh seorang pelajar yang tidur di dalam surau tersebut, ketika bangun hendak solat Subuh pada kira-kira jam 5 pagi tadi.

Turut tidur di surau tersebut adalah beberapa aktivis pro-Mahasiswa tetapi mereka tidak menyedari kejadian itu.

pig head in UMDi telinga babi terdapat tulisan nombor 872.

Mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS.

Juga terdapat tulisan PMI,PRO-M dan PAS pada bendera tersebut.

Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut.

Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurai dan ke kuliah masing-masing.

Menurutnya lagi, kepala babi tersebut dilihat dimasukkan ke dalam kereta polis yang datang ke situ.

Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) akan mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut.

Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit.

Kampus UM kini hangat dengan kempen pilihanraya kampus yang menyaksikan pertembungan calon-calon kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa. Pilihanraya kampus UM dijadual 19 Januari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua PMIUM, Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, pihaknya belum pasti sama ada surau tersebut akan digunakan untuk solat Jumaat hari ini.

Katanya, pada jam 8 pagi, pasukan forensik polis tiba di surau tersebut untuk menjalankan siasatan serta untuk mengesan cap jari.

"Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa serta seorang pelajar lain, sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka tidak sedar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, perkara itu disedari oleh pelajar lelaki berkenaan ketika dia bangun dan bersiap untuk bersolat Subuh.

Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.

perbuatan yang tidak bertanggungjawab...
sengaja menimbulkan provokasi untuk memecahbelahkan perpaduan kaum di dalam negara.
semoga Allah membalas setiap perbuatannya..



4 Cetusan minda:

Anak Perelih 16 Januari 2009 pada 4:20 PTG  

Ni bunyi macam kerja puak puak penyokong UMNO aje ni... lagipun diaorg mana kenal halal haram kan.....

Tanpa Nama,  20 Januari 2009 pada 9:17 PTG  

salam..dok molek kite tuduh2 org wahai anak perelih..prbuatan yg dilakukan dlm isu ini,mmg salah,biarlah kita menyalahkan tndakan itu,tp,jgn sekali2 kita menuduh org...maaf,bukan nak slhkan anak perelih,cuma peringtn buat diri kita,jgn mudah mengata org,,,,

مَعهَدين الُمعلمْ 21 Januari 2009 pada 11:43 PG  

kita xtahu sape yang cuba buat provokasi ini..
ini sentimen perkauman..
kena hati2 bicara isu ini..
InsyaAllah segalanya akan terbongkar nanti..
kita tunggu je lah..
memnag nasib kurang baik org yg membuat kerja bodoh di rumah Allah Taala..

Tanpa Nama,  22 Januari 2009 pada 1:13 PG  

betul2...sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala-galanya...

  ©Template by Dicas Blogger.