Isnin, 19 Oktober 2009

Bidadari...temanilah resahku..


Layan lagu bidadari nyanyian Saudara Munif. Indah merdu mengulit telinga. Mengingatkan aku mengenai persediaan diri bakal menerima bidadari hidup suatu masa lagi.

Dialah pelengkap hidup ini. Dialah pelengkap perjuangan diri ini. Jatuh dan bangun harap terus bersama diri ini. Harapan aku terhadap bidadariku di masa hadapan.

Kini semuanya gadis bagaikan bidadari. Tetapi bidaddari yang digelarkan biarlah bidadari syurga. Bukannya bidadari dunia.

Betapa besar peranan wanita dalam diri lelaki. Wanita sebagai aset yang bernilai bagi lelaki. Bagi lelaki tidak rugi kamu mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada isteri-isteri kamu(wah bajet kawin 2 la nie..hehe). agar dengan kasih sayang ini bisa mengikat hati antara pasangan. Hati ini akan bertaut dan sama-sama berganding mencari redha Allah. Sama-sama mendirikan keluarga yang bahagia. Mendidik anak-anak agar takutkan Allah. Maka segala-galanya lengkap. Pendidikan bermula dari rumah. Pendidikan harus datang dari ibubapa. Ibubapa datang dari pasangan yang ideal. Yang membina keluarga atas dasar iman dan takwa.

Keluarga menjadi unit-unit kecil dalam masyarakat yang menghiasi kerenah-kerenah masyarakat. Kerenah itu penting kerana kerenah itu yang mewarnai masyarakat. Tetapi biarlah kerenah itu kerenah yang baik-baik. Kerenah yang membawa keuntungan. Kerenah yang membawa kedamaian dan kesepaduan.

Bidadari…. Datanglah yang terbaik buat diriku. Ya Allah jadikanlah aku yang terbaik buat diri bidadariku..

Amin ya Rabbal’alamin…

8 Cetusan minda:

kurniawan.q 19 Oktober 2009 pada 7:56 PG  

istri soleha seperti bidadari yang datang untuk kita

مَعهَدين الُمعلمْ 19 Oktober 2009 pada 9:46 PG  

insyaAllah akan dapat yg terbaik..
tapi diri mesti juga diperbaiki..

azzam 19 Oktober 2009 pada 1:31 PTG  

kita tak perlulah mencari isteri yang solehah,tapi kita perlu lah menjadi seorang yang soleh,insyaallah...Allah akan bagi yang terbaik untuk hambanya yang baik...pleo

مَعهَدين الُمعلمْ 20 Oktober 2009 pada 10:56 PG  

cam ne nk jadi seorang yg soleh itu? adakah cukup sekadar cube menjadi ahli sufi??

Dari Rakyat Kepada Rakyat 20 Oktober 2009 pada 11:54 PG  

jadi tabligh la.baru capai iman sempurna

Tanpa Nama,  4 November 2009 pada 4:11 PTG  

salam.i.allah klu kite ikut apa yang ada dalam quran n sunnah,pasti keredhaan Allah akan dikecapi.klu ikut jemaah pun bagus,tp ingat jemaah hanya wasilah n dasar jemaah mesti jelas.
"tinggalkan ape yang syubhah"
harap kete same2 menuju kepada mardhatillah.walaupun di dunia x kesempatan untuk menuju ke gerbang baitul uslim i.allah di syurga kelak

Cikgu Fasiha 22 Mac 2011 pada 5:06 PTG  

Uhuk3.. terbatuk la pula =)

  ©Template by Dicas Blogger.