Rabu, 7 Oktober 2009

Dilema guru UPSI..xleh posting..hahaha

Sekarang sibuk cakap pasal posting..

Tapi posting tu menatang ape?? Tanya salah seorang kawan saya daripa UM.

Budak UM tak pikir pun pasal posting..

Memang la hang tak fikir sebab hang bukan cikgu.

Memang aku bukan cikgu tapi aku manusia jugak..

Rezeki aku dan rezeki ko sama-sama datang daripada Allah.

Kenapa mensyirikkan diri seolah-olah kepada kerajaan sahaja tempat kita bergantung??

Bebelan demi bebelan keluar daripada tulisan sahabat saya dari UM melalui YM.

SYIRIK????

Seolah-olah tida tempat lagi punca rezeki kita melainkan kita mesti menjadi cikgu.

Itu sememangnya pemikiran orang yang mengambil bidang pendidikan.

Dorang takkan fikir lagi nak kerja selain bidang pendidikan.

Hidup hanya nak jadi guru( fuh!!! Bajet guru hebatla konon. Padahal fikir nak mudah kerja).

Aku terus menerawang ke segenap bucu maklumat yang selalu aku kunjungi.

Kali ini ke MALAYSIAKINI.

Lamanweb yang tidak asing lagi buat rakyat malaysia yang dahagakan maklumat macam aku nie.

Terkejut beruk bila laporan UPSIKINI dapat respon daripada NUTP..

NUTP tu bukan calang-calang persatuan guru.

Persatuan yang begitu berautoriti dalam membincangkan permasalahan guru-guru di Malaysia.

Bangga pun ada aku dengan UPSIKINI nie.

Aku ingatkan blog UPSIKINI nie skadar blog cipisan kerja pelajar UPSI untuk hilangkan boring.

Rupa-rupanya menjadi tempat rujuk juga daripada wartawan MALAYSIAKINI..

Pergghhh!!! Tahniah UPSIKINI….

Kepada kawan-kawan aku yang berada dalam arena pendidikan..

Ingatlah..

Jangan kerana isu ini kita mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.

Memang aku tak layak nak bercakap soal agama.

Aku kat UPSI bukan alim sangat..

Tapi xdela tahap bangang tak reti bab agama.

Jaga tutur kata dan niat hati.

Rezeki itu Allah yang tetapkan..

Ermm..

Sekian daripada saya..

Dulu Pro Kualiti selalu cakap pasal posting..

Sekarang nak cakap pasal apa plak yer??

Hahahaha….

Mangkuk hayun..



2 Cetusan minda:

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil 7 Oktober 2009 pada 12:34 PTG  

hurmm..

posting tu apa?
tak tau pun ana.

hahahaha.

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad 7 Oktober 2009 pada 2:23 PTG  

salam perjuangan zul,
Isu Posting telah dimainkan sejak dahulu lagi oleh mereka, namun selesai sahaja permasalahan tersebut. Perkhabaran terbaru mmg mengundang gundah gulana kpd mereka yg akan keluar thn dpn, smoga semuanya selamat mendpt tempat dan ingatlah bahawa bukan tangan2 polikus yg menentukan sumber rezeki kita..

teruskan berkarya..penulisan adalah antara medan dakwah yg sangat ampuh dalam dunia maya hari ini.

Assyahid syed Qutb menemui syahidnya kerana ketajaman penulisan beliau. Smoga kita juga tergolong dikalangan mereka yg senantiasa merindui syahidNya.

Hidup Mulia atau Mati Syahid,

Abg Tg

  ©Template by Dicas Blogger.