Isnin, 19 Oktober 2009

Hari yang cukup "kejam"..

sesie perubatan Islam bersama Ust. dari Darussalam
Hari ini cukup indah bagi diri aku. Dari pagi menjelma hingga ke lewat malam masa diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Walaupun tarikh ezam makin menjelang tiba tetapi hasrat untuk berprogram tidak akan padam dalam diri. Program-program di UPSI lah yang cukup bermakna buat diri ini sebagai seorang pelajar.

Seawal pagi jam 6 pagi bangun menyiapkan diri untuk menghadapi ujian Kimia. Walaupun ujian ini tidaklah seberapa penting sebagaimana final ezam tetapi markah yang aku bakal dapat akan mengiringi semangat untuk menempuh final ezam. Persediaan walaupun tidak rapi tetapi insyaAllah mampu untuk mencoretkan jawapan yang terbaik di atas kertas jawapan. (alah… sume soalan objektif jer…).. Persediaan tetap persediaan, rapi atau tidak rapi tu belakang kira.. Janji gempak..huhuhu..

Seperti yang dijangka soalan tidaklah susah sangat. Dah faham dengan perangai Miss Linda. Dia memang tak suka menyusahkan student dia. Sayang Miss Linda sangat..hehehehe..Gatai..

Habis sahaja test kimia terus membawa diri menyusuri jalan menuju kolej tercinta. Fikiran terus memikirkan aktiviti yang bakal aku tempuh untuk hari ini. Muka tersenyum lebar mengigatkan ‘backdrop’ yang terpapang di kolej aku semalam. Pada hari ini akan diadakan Bengkel Perubatan Islam. Ermm… anjuran sape ntah.. JMK khar kot… memang teruja sangat untuk bersama para ‘tokmoh’ dalam sesi perubatan itu. Katanya segala kaedah perubatan berlandaskan Islam tanpa menggunakan sebarang unsur tahyul dan pertolongan JIN. Alhamdulillah itulah yang sebaiknya..

Aku cuba memberanikan diri untuk “menscankan” diri kot2 ada sebarang jin ‘bercuti makan angin’ dalam badan aku. Segala ayat suci Al-Quran dibaca dan dihembuskan di kepala aku. Terasa naik bulu roma seakan-akan ada makhluk jin di dalam tubuh aku. Dada terasa dicucuk-cukup. Hati gementar. Rasa takut.

Kami 'dibacakan' ayat suci Al-Quran beramai-ramai....(SERAM!!!!)

Cis!!! Rupanya itu hanya perasaan aku sahaja. Rasa mencucuk di dada kerana lenguh duduk kaki berlunjur ke depan. ‘tok moh’ mengesahkan aku sihat walafiat tanpa ganguan jin. Sekali lagi Alhamdulillah….

Selepas zohor aku dan rakan-rakan sempat berkungjung keluarga JIM (Jemaah Islah Malaysia) untuk jamuan hari raya yang diadakan di Tanjung Malim. Sungguh rindu rasanya untuk bersama keluarga JIM setelah aku tidak aktif dengan JIM. Memang sejak sekolah menengah lagi aku sudah mengikuti usrah dan tarbiyah dari JIM. Tetapi apabila menjejakkan kaki ke Universiti suasana tidak lagi begitu. Ada tuntutan lain yang terpaksa aku penuhi. Apa pun belajarlah dan kuasailah Fiqh Awlawiyyat. Satu kaedah Fiqh tentang keutamaan di dalam kehidupan kita. insyaAllah kita akan ada panduan yang jelas dalam kehidupan kita dalam memilih sesuatu.

Pulang ke Kolej bersolat asar bersama kawan-kawan di surau Koleh Harun Aminurrashid. Sesudah solat asar kami membuat persiapan untuk Ijtima’ hari raya Surau KHAR. Ukhuwah terpancar antara kami. Sikap tolong menolong, Berat Sama Dijinjing, Ringan Sama Dipikul dikuatkan lagi dengan ukhuwah Islamiyyah. Pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Begitu manis hidup ini. Allah menciptakan kita bukan secara kebetulan tetapi telah ditetapkan hidup kita untuk merasa nikmat Iman dan Islam untuk kehidupan yang manis.

Muslimin yang hadir Ijtima Aidilfitri Rakan Surau KHAR.. macam biasa. tetap sikit and cool..hehe

Bersama Pengerusi Majlis saudara Adnan dan member sekapal Fazli

Ijtima’ pada malamnya cukup indah dan meriah. Ucapan-ucapan yang penuh dengan semangat dan memberi satu anjakan yang baru daripada abang-abang yang bakal meninggalkan UPSI. Nama yang gah seperti Abg zul, Salim, Malik, Azman, Kak Syitar, Kak Mas 1, Kak Mas 2, Kak Qilah dan lain-lain memberi satu suntikansemangat yang cukup kuat. Senyuman mereka, harapan mereka, dan perjuangan mereka dalam memantapkan pegangan umat Islam di KHAR akan kami teruskan. InsyaAllah…

“Sayonara…Sayonara… Sampai berjumpa lagi.. Sayonara..Sayonara.. Sampai berjumpa lagi..”

Muslimat... sume cun-cun..huhuhuhu..

6 Cetusan minda:

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD 20 Oktober 2009 pada 5:01 PTG  

salam..teruskan mencoret..teruskan perjuangan jg dalam rakan surau nie..tok sem depan kene lebih mantap berbanding sem ni..salam ziarah..

مَعهَدين الُمعلمْ 20 Oktober 2009 pada 5:33 PTG  

insyaAllah..
perlukan sokongan semua pihak..

MEMBANGUN BERSAMA AGAMA ALLAH YANG TERCINTA

Asrari 21 Oktober 2009 pada 8:02 PG  

kenangan manis di saat-saat akhir bersama warga Khar terutama LPS dan Rakan Surau.

Lepas ini dah xde dah student's life gni T_T

مَعهَدين الُمعلمْ 21 Oktober 2009 pada 8:24 PG  

hehehe..
skit lagi dh jadi bini org dh..

family's life

MawarMaSs 21 Oktober 2009 pada 9:35 PTG  

Salam Ziarah...Teruskan perjuangan..Syukran jazilan kasira atas usaha adik2 dalam mengadakan majlis untuk kami..Kami doakan semoga kalian sentiasa thabat dalam perjuangn..

  ©Template by Dicas Blogger.