Ahad, 18 Oktober 2009

Bingkisan buat yang cintakan Islam

Setiap manusia inginkan kehidupan yang tenang. Tidak kira hambanya itu seorang yang suka melanggar hukumnya, yang taat kepadanya, yang tidak kisah berkenaan agama. Semuanya inginkan kehidupan yang bahagia.

Buatlah sesuatu yang diredhai Allah walaupun benda itu tidak akan sesekali diredhai oleh manusia kerana kebahagiaan pasti akan dirasai walaupun kamu diugut kerana mengatakan kebenaran.

“…(sebagai) janji yang sebenar-benarnya dari Allah. Allah tidak akan menyalahi janji-Nya..” (Ar-Ruum:6).

Sesuatu yang diredhai Allah walaupun dibenci oleh semua manusia akan menghilangkan dukacita menyelubungi diri. Percayalah. Inilah yang dirasai oleh semua pejuang-pejuang agama Allah walaupun berada di atas landasan agama cukup mencabar dan perit.

“..Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami..” (Faathir: 34)

Dukacita kadang-kadang dianugerahkan Allah kepada hamba-hambanya bagi menguji keimanan dan meningkatkan keimanan dan katakwaan itu sendiri. Rasullullah sebagai kekasih Allah turut diuji dengan ujian yang dahsyat apatah lagi kita sebagai hamba Allah. Ujian Allah akan menimbulkan kesedaran dalam diri bahawa Allah maha berkuasa dan hanya kepada-Nya lah tempat bergantungnya kita. Kita diuji oleh bala bencana, oleh kerja jahat manusia, sifat dengki manusia tetapi sedarlah Allah akan bersama orang-orang yang sabar dan bertakwa.

Pujangga menyebut:

Hai orang yang merasa tersiksa di muka bumi ini, kerana lapar, kerana rasa sempit, rasa jemu, rasa sakit, kemiskinan atau kerana suatu penyakit ; bergembiralah! Kita pasti akan kenyang danberbahagia, pasti akan bergembira dengan tubuh yang sihat tanpa cela.

1 Cetusan minda:

Mohar Yahya 18 Oktober 2009 pada 11:49 PTG  

berbuat sesuatu yang Allah redho bermakna telah melakukan satu kebaikan yang hakiki, yang mana sudah tentu ganjarannya amat besar tersimpan di bank akhirat.Semoga kita memperoleh 'nombor pin' akaun tersebut sebelum kita meninggalkan alam ini...InsyaAllah...

  ©Template by Dicas Blogger.