Ahad, 25 Oktober 2009

Bila manusia dah jadi biol....


Petikan dari keratan akhbar Mingguan Malaysia 18 Oktober 2009

“Saya tak faham sungguh mengapa Siti Jarum nak bising-bising bila Elaine Daly berlakon separuh bogel untuk filem Cahaya. Berbogel bukan isu besar.


Biarlah dia. Dah kehendak skrip itu mahukan dia berlakon begitu. Mesti ada relevannya babak itu dengan cerita berkenaan.

Saya tabik dengan keberanian dan keyakinan Elaine Daly dengan apa yang dilakukan. Semoga kita dapat menyaksikan lakonan berkesan Elaine dalam filem Cahaya.

Pesan saya Siti Jarum janganlah kolot sangat. Kalau Siti Jarum rasa dia seksi, dia pun boleh bogel. Tapi Siti Jarum berani ke? Kalau kita tengok tamadun seni di Barat pun bermula dengan lukisan perempuan bogel. Itu seni. Siti Jarum kena tengok adegan bogel atau separuh bogel itu sebagai seni. Tak taulah saya kalau Siti Jarum ini buta seni”

Dari Reeznoor, Kuala Lumpur.

Komen Saya Mengenai Atikal ini :

Marilah kita bersyukur kepada nikmat Allah yang menjadikan jasad kita sihat apabila kita bangun daripada tidur kita, tidakkah kita berasa syukur dengan nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah kepada kita. Sepertimana firman Allah yang bermaksud : “Bersyukurlah kamu kepada Allah atas segala nikmat yang Allah berikan kepadamu nescaya Allah akan menambahkan nikmat kepada kamu yang bersyukur, jika kamu kufur akan nikmat Allah nescaya Allah akan mengazab kamu dengan azab yang amat pedih”

Bersyukur ialah mengucapkan terima kasih kita kepada Allah di atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita. Di antara nikmat yang kita dapat hari-hari ialah sihat anggota badan, segala pancaindera kita berfungsi dengan baik, dapat melaksanakan kerja dengan baik, memperolehi rezeki dan banyak lagi. Sebagai seorang hamba yang dijadikan oleh Allah adalah hanya mengabdikan diri kepada Allah semata-mata dan tidak boleh kita menghambakan diri kita lain dari Allah. Jadi layaknya kita sebagai manusia ialah bersyukur kepada Allah dengan cara melaksanakan segala ibadah, segala pekerjaan dan segala amalan kita kepada Allah, itulah dinamakan orang yang bersyukur.

Bagi orang yang tidak bersyukur dan tidak menghambakan diri kepada Allah, maka mereka itu adalah orang yang sesat dan disesatkan lagi oleh syaitan dan nafsu mereka. Contohnya sepertimana keratan akhbar Utusan Malaysia yang mengisahkan “Siti Jarum Pun Boleh Bogel”, komen yang diberikan dalam akhbar ini ialah daripada Reeznoor, Kuala Lumpur, menurut saya ini merupakan komen yang paling bodoh mengenai seni bogel dan mengagungkan seni tamadun barat yang sah sesat dan merosakkan akhlak umatnya sendiri dan umat Islam. Zaman sekarang umat Islam tidak lagi berbangga dengan syiar dan syariat Islam, malah mereka berbangga dengan tamadun barat yang kononnya membawa kepada kemodenan, kemajuan, pembangunan dan sebagainya. Malah mereka mengatakan Islam adalah agama yang kolot, tidak membawa kepada pembangunan dan menyekat kebebasan umat.

Inilah kejayaan orang Yahudi dan Nasrani mengatur strategi untuk merosakkan akidah umat Islam dengan apa cara sekalipun, mereka sanggup menghabiskan wang ringgit, masa dan tenaga semata-mata untuk menyesatkan umat Islam yang menjadi musuh utama mereka, hal ini disebutkan dalam firman Allah yang bermaksud : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan kamu sehingga kamu mengikuti millah mereka. (Surah al-Baqarah: 126).

Sepertimana yang dikomenkan oleh Reeznoor mengenai Siti Jarum boleh berbogel dalam Utusan Malaysia ini perlu diambil berat dan perlu mencari jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini, kerana ini menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk membendung masalah seperti ini terus menular dikalangan Melayu Islam. Sungguh tidak bermaruah dan berani mengeluarkan komen seperti ini seolahnya mencabar agama Islam itu sendiri secara tidak langsung. Firman Allah yang bermaksud : “Hendaklah kamu menyuruh melakukan ‘makruf’ dan menegah mereka melakukan ‘mungkar’ kalau tidak, Allah akan menurunkan azabNya ke atas manusia.” (al-Anfal : 25)

Marilah kita kembali kepada zaman kegemilangan tamadun Islam yang telah dirosakkan oleh umat Islam sendiri dengan pengaruh Tamadun Barat. Islam mula rosak ketika era pemerintahan Kerajaan Kamal Atatuk dengan konsep Islam liberal. Kamal atatuk ini merupakan anak didik dari barat yang terpengaruh dengan tamadun Barat sehingga ia mengubah dasar pemerintahan Islam sebenar kepada pemerintahan Islam moden. Berpeganglah kepada Al-Quran dan As-Sunnah untuk mencari kehidupan yang diredhoi Allah, Nescaya masyarakat Islam akan datang akan lebih baik dari sekarang dan tidak mempunyai masalah rohani yang amat teruk.

sumber

5 Cetusan minda:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr 25 Oktober 2009 pada 1:11 PTG  

mengucap panjang bila baca artikel ni....

akal pendek sgt cenggitu ler..

مَعهَدين الُمعلمْ 25 Oktober 2009 pada 2:04 PTG  

Kalau kita pakat pangjangkan akal tentang benda nie ada la pulak puak2 munafik bising..

Terbukti di tempat saya belajar sendiri ada org cm nie..

pokloh 25 Oktober 2009 pada 9:55 PTG  

komen tu kiasan la...demo keno tengok lenggok bahasa dio tu......kita kena nasihat bukan menghukum ,,,usaha atas iman

مَعهَدين الُمعلمْ 26 Oktober 2009 pada 12:26 PG  

dop rok pokloh kecek sajo..

Betol ka usaha atas iman??
nk kena ado ilmu baru betol..

azzam 27 Oktober 2009 pada 8:18 PTG  

tu la bila manusia mengagungkan duniawi...hilang sume ajaran agama yg diterapkn mase kecik...adioos..~!

  ©Template by Dicas Blogger.