Khamis, 8 Oktober 2009

Guru tak wajar berpolitik?

Soal guru wajar atau tidak wajar berpolitik sering dibangkitkan. Para guru sememangnya memiliki profesion yang begitu hampir dalam masyarakat dan banyak mengetahui masalah yang berlaku dalam masyarakat. Berbaning dengan tugas seorang doktor, arkitek, atau lain-lain profesion tugas guru sememangnya banyak terdedah dengan masyarakat. Guru-gurulah yang bertanggungjawab membina karakter yang terdapat dalam masyarakat sekarang.

SOal guru wajar atau tidak wajar terlibat dalam politikseharusnya tidak berbangkit lagi. Ini jelas kalau kita lihat pada sejarah bagaimana keterlibatan guru dalam arena politik tanahair. Penglibatan mereka banyak memberi unsur positif dalam mematangkan struktur politik di Malaysia. Dulu seawal kemerdekan ramai guru terlibat dengan UMNO membawa kemerdekaan dan memberi kesedaran kepada orang melayu. Gandingan para guru dan ulama pada masa itu banyak menyedarkan masyarakat. Guru-guru banyak memegang jawatan penting dalam parti khususnya UMNO pada masa itu.

Namun senario itu berubah pada zaman 80-an apabila guru tidak lagi dibenarkan terlibat dengan politik. Alasannya saya tidak tahu adakah menasabah ataupun tidak. Kalau ditinjau-tinjau dari cakap-cakap pemimpin-pemimpin UMNO guru tidak lagi dibenarkan terlibat dengan politik untuk memastikan mutu pendidikan semakin baik. Tapi ada ‘double standard’ dalam kebenaran ini apabila guru yang terlibat dengan UMNO dibenarkan terlibat dalam politik. Contohnya pada pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007 calon daripada BN berketurunan India seorang guru menjadi calon pada ketika itu. Ketidakmatangan dalam politik dan politik berat sebelah inilah sebenarnya yang menghancurkan karisma kepimpinan dalam diri guru-guru.

Jadi apa sebenarnya tujuan larangan untuk guru berpolitik?

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.