Sabtu, 3 Oktober 2009

Binalah diri kita dengan ILMU...

Hehehe..

Tersenyum sendirian apabila melawat blog junior-junior aku pelajar semester 1. Walaupun mereka masih baru di alam universiti nampaknya mereka sudah mampu menjana fikrah baru sesuai dengan diri sebagai seorang Islam juga sebagai Mahasiswa.

Ini yang seharusnya berlaku kepada diri setiap mahasiswa. Mahasiswa tidak harus lagi berfikiran sebagaimana pelajar sekolah menengah. Masih kebudakan dan tidak matang dalam mengeluarkan sesuatu idea ataupun penulisan. Kematangan mesti ditunjukkan selaras dengan diri berada di tahap yang lebih tinggi iaitu alam universiti atau alam intelektual.

Intelektual tidak datang dengan sendiri. Ia tidak datang dengan kita mengagumi seseorang pemimpin. Ia datang dengan usaha yang bersungguh-sungguh dengan misi dan visi yang jelas. Usaha dari segi ilmu, keupayaan untuk meniru orang yang berintelektual dan seterusnya bersikap sebagaimana sikap golongan intelektual. Tidak semua orang berupaya melakukan semua ini lebih-lebih lagi orientasi pembelajaran di Malaysia banyak berpusatkan hafalan tanpa digunakan pemikiran yang kritis sehabis mungkin. Keintelektualan juga banyak disekat oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab kerana mereka merasakan keintelektualan pelajar mampu mengoncangkan kuasa mereka. Maka hasilnya lahirlah pelajar yang ‘mati pucuk’, ‘kaku’, lemah. ‘sesak nafas’, sawan, ‘katak dibawah gelas’ dan sebagainya.

Mungkin situasi ini tidak akan berubah kerana ia sudah sebati dengan keadaan kini. Jadi tanggunjawab pelajar untuk berani menongkah arus dalam membina keintelektualan dalam diri mereka. Mahasiswa harus berani. Berani kerana benar, takut kerana berjaga-jaga harus dimainkan dengan berhati-hati oleh mahasiswa. Kita tidak mahu lagi generasi mahasiswa terus mandul. Kita perlu berubah biarpun perubahan ini begitu asing dalam suasana sekarang. Kita tidak boleh selesa dengan suasana sekarang, suasana dimana masyarakat dilekakan dengan hedonisma, buta identiti, gila glamour dan semacam lagi. Mahasiswa perlu merobah dan berani.

Mahasiswa sebagai agen perubahan dalam masyarakat harus mengenali diri mereka mengapa mereka berada dalam masyarakat dan apa seharusnya yang mereka perlu sumbangkan pada msyarakat. Mahasiswa yang berada di bidang yang berlainan sudah semestinya mempunyai fikrah cabang yang berlainan walaupun fikrah pokok mestilah sama untuk membentuk kesatuan. Fikrah disini saya merujuk kepada fikrah Islam sudah semestinya. Bidang kedoktoran dengan bidangnya. Bakal guru dengan bidang pendidikannya, bakal arkitek dengan bidang arkiteknya, jurusan agama dengan pengetahuan Islamnya memainkan peranan mereka tersendiri dalam memberi sumbangan dalam masyarakat. Seharusnya kita sebagai mahasiswa sedar setiap peranan masing-masing dan harus melakukan yang terbaik agar kita dapat memberikan sumbangan yang optimum kepada Agama dan masyarakat. Dalam membentuk kesatuan antara kita pula semestinya kita mahasiswa mempunyai azam ingin meletakkan Islam di tempat yang paling tinggi dan mulia. Jadi walau di mana kita berada kita akan sentiasa berasa perlua antara satu sama lain.

Jadi pada adik-adik saya yang semester 1 ini saya ucapkan tahniah. Teruskan membina diri anda untuk Agama, masyarakat dan negara.

POKLOH

ZUREMI

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.