Isnin, 3 November 2008

Esok aku Final Ezam.... :) Takbir!! Allahuakhbar..

Study yob study

Jam sudah menunjukkan jam 6.30 pagi. Aku baru sahaja selesai menunaikan solat subuh. Kepala aku berpusing-pusing memikirkan ape yang hendak dibuat selepas ini. Ikutkan nafsu nak je aku sambung tidur dikatil bersebelahan aku ni. Tapi bila teringatkan hari esok dengan rasa terpaksa aku kena baca buku.

Maklumlah esok aku aka menghadapi Ujian Akhir Semester untuk semester 3. Selesainya ujian ini nanti maka berakhirlah aku sebagai mahasiswa di sem 3. Berdepan pula dengan sem 4 yang mungkin menghadapi banyak lagi cabaran-cabarannya. Lupakan mengenai sem 4. yang aku akan hadapi esok mesti didahulukan. Esok pada pukul 2.30 petang aku akan menjalani ujian Pengntar etika. Paper nie memang senang tp aku takut juga silat hari bulan terkantoi plak. Biasanya paper yang senang kita tidak boleh nak agak sangat level soalannya. Tp wala apa pun hari ini aku mesti study jugak.

“weh!!esoka aku nok g stdy di library. Mu nok g dop??”. “ho bereh jugop tu. Aku nok g”. “kalu gitu mu bangun awal la esok. Aku nok g pagi lagi nok balik pete.Ok berehhhh”....

Dialog ini masih terngiang2 si telinga aku. Baru sahaja semalam aku mengajak best fren aku iaitu Zaim untuk study di library. Masa ade lagi 2 jam untuk aku mempersiapkan diri untuk ke library.

Untuk sem nie aku mesti mendapat keputusan yang membanggakan. Keputusan untuk diri aku,keputusan untukAgamaku, keputusan untuk keluargaku dan keputusan untuk semua. Aku doakan kepada semua kawan2 seperjuangan agar korang semua mendapat keputusan yang cemerlang.

1) Pengantar etika 04/11/2008

2) Psikologi pendidikan 05/11/2008

3) Pengenalan fizik 11/11/2008

4) Teori dan amalan pendidikan Sains 13/11/2008

5) Morfologi dan histologi haiwn 18/11/2008

6) Biodiversiti dan evolusi haiwan 19/11/2008

Lebih kurang macam tu lah jadual untuk ezam aku yang bermula esok. Apepun doakan aku mendapat kejayaan yang luar biasa untuk sem nie yer..

Bittaufiq wannajah fi imtihan akhir.

Waarju tarjihun fi hadza imtihan..

Salamualaik…

3 Cetusan minda:

Tanpa Nama,  3 November 2008 pada 3:42 PTG  

good luck... may allah bless you..

Tanpa Nama,  6 November 2008 pada 7:55 PTG  

bittaufik wannajah fi imtihan ya akhi...

  ©Template by Dicas Blogger.