Rabu, 5 Ogos 2009

Jeff Ooi biadap tuduh JIM 'ekstremis agama'

Nie yang aku xleh berhenti daripada memberi ulasan berkenaan dengan politik. Baru je aku mengambil keputusan tak nak memuatkan info yang berunsur politik kat blog timbul plak isu jeff oii si DAP ngok nie. Bagi aku tidak semua pemimpin-pemimpin DAP macam Jef Oii nie. Tetapi kalau kenyataan mereka menampakkan permusuhan dengan Islam wajar kita balas balik kenyataan mereka. Contohnya si Jeff Oii nie..




Aku menghormati pendirian beberapa pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, dan Sivakumar kerana beberapa kenyataannya yang menunjukkan mereka semakin memehami Islam setelah berkawan dengan PAS. Itulah fungsi PAS sebenarnya apabila ber"tahalul siyasi" dengan mereka. Menggunakan pendekatan politik untuk tujuan dakwah.

Apa pun layan dulu dengan si Jeff Oii nie.. Kalau makin bangang kita buat kerja bangang gak.

Azamin Amin
Wed | Aug 05, 09 | 10:03:26 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Atas kebiadapannya menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai 'ekstremis agama', Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi, digesa menarik balik kenyataannya itu dan memohon maaf secara terbuka kepada bandan berkenaan termasuk Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR Mohd. Razali Abdullah.


Ini berikutan kenyataan yang dibuat oleh Jeff Ooi, merangkap Ketua Staf Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan di dalam akhbar the Star Ahad lalu di mukasurat N12.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Nordin mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan, tohmahan dan dakwaan yang disifatkan terlalu dangkal kerana keangkuhan yang melampau.

"Jemaah Islah Malaysia adalah sebuah badan NGO berteraskan Islam yang menjadi badan naungan beribu-ribu pelajar Muslim Malaysia terutamanya yang belajar diluar negeri.

"JIM tidak ada kena mengena dengan Kumpulan JI yang difitnah dan ditohmah sebagai sebuah badan teroris oleh Barat dan yang sewaktu dengannya," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Kata Zulkifli kebanyakan pelajar Muslim Malaysia yang belajar di luarnegeri akan menjadi ahli kepada beberapa gerakan dan NGO Islam samada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Jemaah Tabligh Malaysia ataupun Kelab Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan lain-lain.

Katanya lagi Jeff Ooi menuduh seseorang Muslim sebagai ekstremis kerana "bercita-cita untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang menerimapakai undang-undang syariah sepenuhnya" adalah satu pertuduhan yang biadap dan melampau.

Setiap muslim yang beriman katanya, samada di Malaysia atau di mana juga didunia ini, sudah pasti akan mempunyai cita-cita seperti itu namun cara dan mekanisma untuk mencapainya sahaja yang berbeza.

"Sebenarnya sikap yang ditunjukkan oleh YB Ooi dalam mengeluarkan kenyataan tersebut menyerlahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang ekstremis," katanya.

Dalam pada itu, Presiden JIM, Jamaluddin Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa Ooi sudah jauh tersasar dan melampau sehingga menuduh badan itu sebuah organisasi yang extremis di samping mengheret JIM dalam isu perbalahan antara ahli parlimen itu dan Razali Abdullah.

"Kami ingin jelaskan bahawa syariah adalah sistem bermatlamatkan keharmonian dan keamanan kepada dunia dan manusia.

"Dan cita-cita suci kami ini seiring dengan apa yang ingin dicapai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan NGO Islam yang lain,"katanya sambil menggesa Ooi menarik balik kenyataan tersebut.- azm _

6 Cetusan minda:

white rose 5 Ogos 2009 pada 5:54 PTG  

geram tul laa...jgn kasi can sama dia lgi...

Nurul S Othman 5 Ogos 2009 pada 5:59 PTG  

apa nak jadi...islamphobia berleluasa...

'Islam datang dalam keadaan dagang (asing) dan akan kembali dagang"

مَعهَدين الُمعلمْ 5 Ogos 2009 pada 8:12 PTG  

sapa la nk kasi can..
memang xleh kasi can..
kena desak dia letak jawatan..

satu kenyataan yang bacul dan prejudis..

مَعهَدين الُمعلمْ 5 Ogos 2009 pada 8:13 PTG  

Jeff oii belajar hina Islam daripada UMNO kot..

Tanpa Nama,  6 Ogos 2009 pada 3:20 PG  

Blogger مَعهَدين الُمعلمْ berkata...

Jeff oii belajar hina Islam daripada UMNO kot..

2009 Ogos 5 20:13
-------------------------
tak habis2 nak kaitkan dgn UMNO. belajar tinggi2 tapi memfitnah? macamlah dia ni baik sangat. ikut sangat kepala otak tu bagi penilaian. kalau kesalahan pas xde pula aku tgk diulas, asyik2 parti lain je diulas..

مَعهَدين الُمعلمْ 6 Ogos 2009 pada 6:32 PG  

hehehe...
Kalau xpercaya tgk kenyataan pemimpin2 UMNO yg menghina Islam.

Memang banyak..
Antaranya kenyataan Najib sendiri kata kalau laksanakan hudud negara akan huru-hara.
Niela sikp prejudis terhadap Islam yang DAP belajar daripada UMNO.

memangla buat penilaian ikut kepala otak. xkan nk ikut kepala lutut kot..akai ada ka??atau mamang dh hilangakal?

Aku sendiri pernh menghentam PAS.. cuba rujuk atikel aku yang lepas mengenai kerajaan perpaduan.. Aku bercakap berdasarkan ilmu dan fakta. bukan mcm Aspirasi UPSI..

  ©Template by Dicas Blogger.