Rabu, 22 Oktober 2008

Warga UPSI menerima kejutan yg tidak disangka-sangka.(TSUNAMI politik UPSI)

Seluruh pendokong Pro-Mahasiswa(kebajikan) mampu tersenyum lebar dengan keputusan yang diumumkn oleh Dato' Naib Canselor semalam. Dengan kemenangan 8 daripada 21 kerusi maka dengan ini kumpulan Pro Mahasiswa dapat menafikan 2/3 kemenangan Pro -Aspirasi. Jika dilihat berdasarkan keputusan untuk 2 tahun yang lepas kumpulan Pro-Aspirasi dapat menyapu bersih kesemua kerusi didalam PRK. Dengan keputusan yang tidak disangka2 yg dikeluarkan oleh Dato' NC semalam menceriakan keredupan yang bersarang di Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Calon Pro Kebajikan yang menang dalam PRK kali ini adalah Akmal Madzir(umum), Nur Aqilah(umum), Arif(umum),Hanif Azwan(FST),Norhafizawati(FST),Mohamad ZUlhilmi(FSKPM),Adriyani(FSSK)dan Hisham(FSM)yang menang tanpa bertanding. Manakala calon Pro Kebajikan yang tewas pula adalah Wan Nasron(umum), Nazira(umum), Nurul Iman(FSSKPM) dan Suhainizam(FTMK).

Kekalahan Rashid(Pro-Aspirasi) didalam pilihanraya kampus adalah satu kekalahan yang tidak disangka-sangka akan berlaku. Dengan menifesto beliau yang begitu hebat dan kesohoran dia di Universiti Pendidikan Sultan Idris menyebabkan saya sebagai Pemerhati politik kampus di UPSI amat terkejut dengan kekalahan beliau. InsyaAllah dalam sehari dua lagi sy akan cuba mendapatkan maklumat faktor kekalahan beliau pada PRK kali ini.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.