Ahad, 5 April 2009

(101) ABO @ Bukit Gantang - Black Operation (1)

Ini bukan projek Bloggers Network @ Bukit Gantang...tetapi projek yang dirancang oleh Umno untuk merampas kembali Bukit Gantang dari tangan Pas. Operasi ini dilakukan dengan penuh kerahsiaan...sehinggakan kepimpinan Umno Bukit Gantang sendiri tidak mengetahui tentang kewujudan projek ini. Semuanya di lakukan oleh sekumpulan komando bebas yang mendapat arahan terus dari Najib Tun Razak.

Projk Black Operation dilakaukan dengan penuh kerahsiaan...atau pun disebut "covert operations". Dan operasi ini dilakukan didalam kategori deniable iaitu untuk menidakan kemenangan dan sokongan terhadap Parti Pakatan Rakyat semasa Pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Untuk tujuan ini tumpuan hanya dilakukan kepada operasi berikut:

Black Propaganda:

Bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan risalah palsu yang bertujuan untuk memalukan PR. Poster poster dan risalah yang akan di pasang di tempat tempat yang strategic dan di lakukan seolah olah ia dibuat dari PR. Bagaimana piawai risalah dibawah ?



Adakah ini yang dimaksudkan sebagai kod Black Propaganda ?

Grey propaganda:

Bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan risalah yang tidak mempunyai identity penganjur bertujuan untuk meneutral kan penyokong hard core.

Mungkin risalah konsep ini yang dimaksudkan. Mungkin ??

making enemies believe falsehoods using straw argument to make someone believe "A", one releases as grey propaganda "B", the opposite of "A". In phase two, "B" is discredited using some strawman. The enemy will then assume "A" to be true.

WhitePropaganda:

Bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan risalah benar dari BN untuk menangkis tohmahan dan serangan dari PR. Perlaksanaan akan dilakukan oleh Black Operator secara covert dan tidak boleh didokumentasikan Bagi projek ini, sejumlah Lima Puluh Ribu ringgit diperlukan.

Bagi membantu menjayakan projek ini, sejumlah bloggers diperlukan untuk membuat propaganda-propaganda dan sejumlah 30,000 ringgit telah diperuntukan untuk menjayakan operasi tersebut. Dan operasi itu dipanggil BLACK OPERATION !
(source : perakexpress dan perisik rakyat)

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.