Isnin, 6 April 2009

(132) ABO @ Bukit Gantang - Srikandi di londeh seluar 18SXG (update lagi)

Kes seorang srikandi Keadilan dilondeh seluar di Bilik Gerakan BN benar2 memalukan. Petugas srikandi yang berumur 20 tahun itu dan masih gadis telah ditarik masuk ke dalam Bilik Gerakan tersebut ketika sedang menjalankan tugas parti. Difahamkan srikandi itu ditarik masuk ketika lalu dihadapan Bilik Gerakan BN.


Walaubagaimanapun, usaha melondehkan srikandi yang berasal dari Pekan Simpang, Taiping itu sedikit gagal, kerana seluar yang dipakai telah ketat diikat dengan tali pinggang, londehan itu hanya berjaya ditarik oleh ahli gerombolan separas pinggul sahaja. Satu percubaan cabul yg gagal dilakukan oleh gerombolan. Ini adalah kerana ahli2 gerombolan telah merasakan bahang kalah yang langsung tidak memihak kepada BN. Dan itulah langkah terbaik mampu mereka pamerkan atas kekecewaan yang bakal mereka terima esok.

Gadis srikandi bersama bloggers masih berada di Balai Polis Simpang, kerana proses laporan Polis masih belum selesai lagi. Sumber sahih ini wak terima dari bloggers di Balai Polis Simpang.

LAPORAN PENUH KES LONDEH !

Lebih kurang jam 4:30 petang tadi, berlaku satu kejadian yang tidak diingini kepada Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat dari Srikandi PKR Malaysia. kejadian berlaku ketika kumpulan Srikandi PKR sedang menjalankan kerja-kerja mengedarkan risalah kempen pilihanraya di kawasan Simpang.

Kejadian tersebut berlaku ketika 6 orang Petugas Pilihanraya (Srikandi PKR) melalui sebuah Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO/BN. mangsa menceritakan bahawa ketika mereka melalui kawasan kaki lima Bilik Gerakan UMNO/BN, beberapa petugas UMNO/BN seramai hampir 10 orang yang berada di kawasan tersebut telah bertindak mengepung salah seorang dari mereka kemudian telah mengheret mangsa kedalam bilik gerakan UMNO/BN.

Sebelum itu kumpulan pertama seramai 3 orang yang berada dihadapan mereka telah diganggu dan kumpulan tersebut telah cuba merampas risalah yang mereka bawa dan berlaku adegan tarik-menarik tetapi kumpulan tersebut berjaya meloloskan diri.

Walau bagaimanapun, dalam kekecohan tersebut, kumpulan pertama tadi tidak sedar bahawa rakan mereka yang berada dibelakang telah dikepung dan diheret masuk kedalam Bilik Gerakan tersebut dan mereka hanya menyedari kejadian setelah seorang pekedai berbangsa cina memaklumkan kepada mereka kemudian.

Setelah dimaklumkan, mereka berpatah balik tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana jumlah petugas UMNO/BN yang ramai. kebetulan ketika kejadian berlaku, bapa mangsa berada berhampiran tempat kejadian dan bapa mangsa kemudian bergegas menyelamatkan anaknya selepas berlaku sedikit kekecohan.

Mengikut mangsa, kumpulan seramai hampir 10 orang tersebut dalam lingkungan umur 40 tahun keatas ketika kejadian telah cuba menanggalkan seluar mangsa tetapi mangsa bernasib baik kerana memakai seluar jeans yang agak ketat dan memaki talipinggang.

Kumpulan tersebut juga dalam kekecohan telah mencabul mangsa beramai-ramai. Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Simpang pada jam 5:00 petang tadi

4 Cetusan minda:

Tanpa Nama,  7 April 2009 pada 2:26 PTG  

boleh jadi betul, boleh jadi fitnah.. hanya Allah yang tahu, kita yang tak tau menahu ni tak layak utk membuat andaian samada itu betul atau fitnah.. dlm politik apa2 sahaja boleh berlaku asalkan lawan masing2 kalah.

said,  7 April 2009 pada 3:19 PTG  

Kjadian nie tol2 berlaku..
laporan polis sudah dibuat..
hampir sume blogger2 Perak melaporkan berita ini dalam blog2 dorg..
Cuma manusia yang masih tidak dapat menerima kenyataan yang cube menafikan perangai setan UMNO tuh..

N.F.A 9 April 2009 pada 12:42 PG  

Ya Allah... sggup diorang buat mcm tu. dahlah menjatuhkan maruah dan harga diri wnta tu.. kurg ajr btul! klu leh bunuh, dah lama bunuh diorang. cincang 14!

  ©Template by Dicas Blogger.