Sabtu, 25 April 2009

Aku hamba nafsu..episod celaka cikgu UPSI

Menggangu fikiran aku. Dari tadi aku memikirkan nasib si umat nabi Muhammad berdua ini. Dah lama aku xterserempak dengan situasi ini tapi kali ini sekali lagi berlaku dihadapan mata aku. Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Tanjong Malik ku harapkan ketenangan setelah seharian berada di PWTC belanjakan duit untuk buku-buku yang aku idamkan. Harapan di atas bas dapat berehat dengan tenang di dalam keselesaan bas yang berhawa dingin.

Tapi tidak seperti yang aku harapkan. Menyakitkan hati. Membakar hati, jiwa, raga, limpa otak dan sebagainya melihat sepasang belangkas sedang berasmara di dalam bas. Lagi menyedihkan ia dilakukan oleh orang yang akan bergelar guru. Pelajar UPSI berperangai semacam belangkas. Macam suami isteri berdua-duaan dalam bas, berpegangan tangan, bermanja-manajaan tanpa batasan. Adeh!!!... sakit tol hati aku tengok situasi itu apetah lagi ia dilakukan oleh bakal guru yang akan mendidik anak bangsa. Tidak dapat diterima oleh jiwa aku kelakuak bakal guru sebegini.

Dari awalnya berpegangan tangan aksi mereka makin panas apabila si perempuan tanpa segan silu tidur dibahu si’jantan’nya. Memang mirip-mirip belangkas kegersangan. Lentok sama lentok. Nak ditegur aku risau penumbuk yang naik. Sabar je lah tengok. Mengutuk-ngutuk di dalam hati. MasyaAllah.. Selemah-lemah iman. Apa daya aku. Sudah bermacam kempen yang dilakukan oleh Persatuan dan juga Kolej untuk membanteras perangai ‘kapel’ yang ikut jejak langkah setan. Tapi habuk pun tarak.

Malam ini setelah boring dop kat umah aku lepak ngan kawan-kawan aku kat warong minum air kelapa sambil bual-bual mengenai gerakan Islam. Tajuknya best..iaitu gerakan tabligh dikupas oleh kawan aku daripada sejak awal penubuhannya. Walaupun kami bukanlah daripada jemaah tabligh tapi cube untuk ambil tahu sdikit-sdikit untuk tatapan perjuangan. Sedang ‘syok’ dop sembang tibe2 skali lagi aku Nampak pasangan yang aku Nampak atas bas petang tadi. Adeh!!!!..muka nie lagi. ‘bangang’.. musim ezam pun nak buat kerja bangang lagi..Jalang betol.. BODOH!!!!..

Kali ini mereka tidak berdua. Malah berempat. 2 lelaki 2 perempuan. Maknanya 2 pasang. Aku yakin mereka semua nie pasangan apabila dilihat daripada kemesraan mereka. Aku asyik memerhatikan gelagat mereka bersama. Point perbualan bersama sahabat-sahabat sudah hilang. Dalam kepala asyik memikirkan mengapa perempuan itu tidak berasa takut untuk mengikut lelaki dan seolah-olah dia merelakan dirinya dipegang oleh lelaki tersebut. Apa yang difikirkan dalam hatinya. Adakah dia yakin lelaki tersebut akan jadi suaminya. Macam-macam aku fikir sampai xlarat nak fikir lagi. Sakit hati gak aku rasa.

Pastu lepas dorg habis sembang dorg blah. Bukan main romantic lagi gelak2 gurau..waduh!!! rupanya mereka datang dengan kereta. Kerata kancil berwarna merah. No plat aku xingat plak. Tapi yang aku ingat no plat daripada Wilayah Persekutuan KL. Tapi xtahulah dorg nie orang mane. Nak dipendekkan crite dorg pun masuk kereta. Jangkaan awal sebagai bersangka baik aku ingatkan kedua-dua laki akan dop kat depan. Tapi jangkaan aku meleset. Aku heran.. sorg laki drive, aweknya kat tepi. Dan satu pasang lagi dop kat belakang mungkin akan menikmati kegelapan dalam kereta barangkali. Apa taknya. Dalam kecerahan dalam bas pun dorg boleh berbelangkas macam tu. Nie dalam kereta yang gelap. Sudah semestinya parah..ttttttteeett…. korg sambung sendiri crite nie..

8 Cetusan minda:

Lebah 28 April 2009 pada 1:15 PG  

Terima kasih mengingatkan 'KITA' tentang 'TUGAS' yang masih ter'TUNGGAK'.

Bila lagi mahu ber'SAKSI'?

Tanpa Nama,  28 April 2009 pada 1:52 PTG  

Itu menunjukkan, zul kena lakukan sesuatu ataupun mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Hal itu kerana perkara tu berlaku secara berulang di depan mata zul.

مَعهَدين الُمعلمْ 29 April 2009 pada 6:47 PTG  

terima kasih di atas kritikan itu..
Semoga dapat juga mentarbiyah diri ini atas teguran itu.

Al-Muary 4 Mei 2009 pada 12:57 PG  

salam,hmm ana pun pening dgn masalah ni.Undang2 melarang berdua-duaan dah ada tp perlaksanaan zero.Mana MPP?mana TNC mana pimpinan tak takut ke tanggung dosa haizz~ hampeh tul bakal cikgu(tak pukul rata) skang nih.

مَعهَدين الُمعلمْ 4 Mei 2009 pada 1:04 PG  

huhuhu..
Dalam AUKU memang ade semua nie..
Tp perlaksanaan jer yg hancur..
AUKU digunakn utk menyekat pelajar yang ingin membawa ISLAM kat Kampus..

Cikgu Hamzah,  5 Mei 2009 pada 11:43 PG  

Mungkin pasangan itu suami isteri?kenape tidak kamu sahaja menegur mereka?bahasa kamu menyebabkan sy malas nak jenguk blog kamu.kamu yang selama ni sy kagum,tp bahasa kamu sendiri melambangkan peribadi kamu..ini yang kamu kata kamu bergerak berdasarkan perjuangan islam????cakap shaja pandai..kamu hanya berani dalam blog shaja..sudah lama sy perhatikan kamu..setakat ini shaja tahap perjuangan kamu..hanya di blog!...kemudian,menyumpah seranah org dlm blog..slagi siapa yang membaca tulisan kamu, selagi itu la kamu akan menanggung akibatnya..sy jenguk blog kamu dengan harapan sy beroleh sesuatu..tp hampas!!!kamu hanya berani mengutuk@menegur@menyumpah org hanya di blog..such a shame..!
Assalamualaikum..

مَعهَدين الُمعلمْ 6 Mei 2009 pada 12:53 PTG  

owhh..
Saya pn dapat mengagak sape kamu..
dh beberapa kali bersua ngan kamu rasenya.
J????
xyah tanya ape yg org lain buat..
check diri sndiri tu buat ape??
ape yg sy buat sy xsumenya dedahkan kepada org..
(melainkn yang ingin dikongsi sebagai tatapan bersama)
penulisn di blog hanya salah satu daripadanya.
xkn berak kencing ikut sunah nabi pn nk tulis kat blog...
HAMPAS!!!!

مَعهَدين الُمعلمْ 6 Mei 2009 pada 12:55 PTG  

nk sesuatu kat blog sy???
raenya byk yg boleh diambil faedahnya..
melainkan org yg tak mahu berfikir...
:-)

  ©Template by Dicas Blogger.