Khamis, 16 April 2009

Jangan Mahu Dikuasai Oleh Perasaan Yang Tidak Berasas

"Terima dan nikmatilah apa yang ada, kerana segalanya akan berakhir sebagaimana ia bermula."

Redha dan rela merupakan sikap hidup yang sangat baik. Ia dapat membantu mengusir kegelisahan dan membantu mencapai kejayaan dalam setiap aspek hidup. Sikap seperti itu juga dapat mengekalkan hubungan persahabatan dan keharmonian dengan keluarga. mereka berpandangan luas akan dapat memahami kebiasaan manusia, menjangka perubahan, menempatkan diri dalam berbagai keadaan, dan memperkirakan keadaan yang samar atau jelas,

orang yang berpandangan luas dapat memahami berbagai persoalan, bahkan ia akan menyedarinya sebelum ia ditimpa kegelisahan, atau jika gagal mendapat keinginannnya. Ia menyedari bahawa inilah hukuman kehidupan, dan apa pun yang berlaku dalam kehidupan ini, perlu dihadapi dengan tenang.

kekadang orang tidak suka pada sesuatu yang sebenarnya memberikan kebaikan kepadanya; kekadang ia menyukai sesuatu yang sebenarnya malah akan menyusahkannya. Ingatlah bahawa kebaikan itu adalah apa yang dipilih Allah untuk kita.

Orang yang berpandangan luas akan sedar bahawa dia adalah sebahagian dari alam yang luas ini. Dia juga sedar bahawa dirinya juga akan mendapat penyakit, musibah, kesedihan dan juga kegembiraan. Kerana itu dia tidak akan terkejut dan tidak akan gelisah. Pastinya, orang yang berpandangan luas tidak akan merasa dibelenggu oleh perasaan yang ada pada mereka yang berpandangan sempit. Orang yang mempunyai pandangan sempit sentiasa merasa bahawa masalah dan keburukan hanya menimpa dirinya seorang, sementara orang lain tidak demikian.

Orang yang berpandangan luas tidak ada perasaan seperti itu, kerana ia sangat faham dengan hukum kehidupan dan menyedari bahawa dirinya adalah sebahagian dari kehidupan itu sendiri. Oleh itu, redha dan rela menerima apa sahaja selepas berusaha sekuat tenaga dan berikhtiar sedaya upaya.

PEDOMAN HIDUP

Berbahagialah hari ini, jangan menangguhnya hingga hari esok!

"Syabas untuk anda sebab kesabaran anda."

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.