Isnin, 27 April 2009

Manusia durjana yang menempah neraka

Dalam kesibukan aku menghadapi final ezam aku sempat untuk membaca sedikit sebanyak coretan Sahanom Ahmad di dalam bukunya yang berjudul “Revolusi yang Ditangguhkan”. Dengan gaya bahasa yang cukup indah dan tinggi aku cuba memahami maklumat-maklumat dan juga butiran yang beliau cuba ingin sampaikan. Bahasanya cukup indah dan tinggi menyebabkan aku terpaksa membaca dengan berhati-hati kerana ada sesetengah ayatnya memerlukan kiasan dan pentafsiran daripada minda.

Sebagai orang lama dan juga antara salah seorang orang veteran politik dalam arena politik Malaysia beliau banyak menkritik dasar-dasar pemimpin yang meniggalkan Al-Quran dan As-Sunnah dalam pemerintahan dan juga kehidupan. Rogol, dedah aurat,konsert yang melarakan, pecah amanah, penganiayaan kepada alam semester dan sikap-sikap manusia yang meletakkan diri mereka di dalam kecelakaan. Ayat-ayat pedas dan kasar yang beliau tonjolkan di dalam penulisan beliau mengambarkan kekecewaan beliau terhadap manusia menguruskan alam yang sudah lari daripada Al-Quran dan As-Sunnah.

Manusia yang kononnya bijak pandai, tahu segenap hal untuk menguruskan alam tetapi bodoh bebal dalam mencari kebenaran dan jalan yang benar untuk menuju ke Syurga Allah Taala. Manusia sanggup menolak hukum-hukum Allah yang sewajibnya dijalankan demi memperajakan nafsu serakah yang menghantui diri. Alam sekitar dengan sedihnya melihat kelakuan manusia yang memegang amanah sebagai khalifah tetapi memperkosakan amanah itu sesuka hati. Mana letaknya Al-Quran?? Mana letaknya As-Sunnah?? Kenapa hukum-hukum manusia diagong-agongkan sedangkan hukum Allah itu adalah sewajibnya dilaksanakan tetapi diperkosakan sedemikian rupa sehinggakan ada yang sanggup menyaman hokum Allah di mahkamah.(merujuk kepada kelakuan Zaid Ibrahim yang menyaman hokum hudud Kerajaan Negeri Kelantan)

Bertuahnya umat nabi Muhammad apabila alam dengan senyap dan diam melihat kerakusan dan kekejaman umat Nabi Muhammad. Dibandingkan dengan umat nabi-nabi terdahulu dihentam hebat oleh Alam atas arahan Allah Taala untuk membelasah menusia yang kufur kepada Allah. Ingatkah kita kepada kaum Ad, kaum Tsamud, kaum nabi Lut, Firaun. Bagaimannakah agaknya bukit dengan amarahnya menghentam kita kerana kegilaan kita memperajakan nafsu dalam diri kita. Bukit-bukau gunung-ganang masih lagi melakukan tugasnya sebagai pemasak bumi, jangan sampaikan mereka menganas baru kita mula hendak mengigati Allah.

Kesannya sekarang adalah cukup teruk. Masyarakat tidak tahu lagi hendak menilai mana yang baik mana yang haram, mana hak mana yang batil, mana yang buruk mana yang betul. Yang penting nafsu aku puas. Nafsu aku mencapai nikmatnya biarlah dengan jalan yang batil sekalipun. Masalah penzinaan makin teruk berlaku dalam masyarakat kita. Ayah rogol anak, anak rogol nenek, atok rogol cucu, sirogol merogol perogol, ini makin parah berlaku dalam masyarakat Islam sendiri. Usah bicarakan hidup masyarakat barat yang terus terang menolak Islam. Tapia pa yang perlu dirisau dan difikirkan ialah perangai umat Islam yang sedang meletakkan diri mereka di dalam kebinasaan. Semacam sengaja ingin menempah neraka Allah Taala.

Wahai umat Islam berubahlah sebelum kamu diubahkan….

2 Cetusan minda:

مَعهَدين الُمعلمْ 29 April 2009 pada 6:49 PTG  

yup..
Alhamdulillah dh abis baca dh..
sangat2 hebat buku ini..
Terima kasih yer..
:)

  ©Template by Dicas Blogger.