Khamis, 2 April 2009

DS Nizar terus difitnah..

Begitulah kebaculan UMNO makin terserlah setelah bermacam-macam senjata cuba diketengahkan untuk menjatuhkan calon PAS tetapi ternyata gagal. Bermula dengan kenonnya rampasan kuasa di masjid dan dengan siri-siri fitnah yang memualkan kini sekali lagi DS Nizar difitnah kononnya DS Nizar ada awek. Katanya aweknya ini bakal dikahwininya tidak lama lagi. Bila aku baca fitnah ini teringat aku zaman-zaman sekolah dulu kadang-kadang kawan kita suka mengosipkan kita dengan kawan-kawan perempuan. Nampak sangat tahap pemikiran UMNO setaraf dengan pemikiran budak-budak sekolah rendah yang baru nak masuk sekolah menegah..

http://politikbanjar.blogspot.com/

Musuh politik PAS dan Hj Nizar sudah semakin terdesak, rakyat Bukit Gantang sudah mual dan muak dengan BN. Mereka sudah turun habis-habisan dengan jutaan wang ringgit. Projek "mee segera" terus dilaksanakan kepada rakyat dan berbagai janji manis ditaburkan, namun tidak ada petanda baik untuk BN menang di Bk. Gantang.


Mereka perkudakan blogger-blogger yang bersama dengan mereka. Sebelum ini, blogger tersebut membuat ancaman bunuh ke atas Hj Nizar, menghina Hj Nizar dengan membuat aturcara kononnya Hj Nazir akan menghadiri majlis melapah daging babi, main telur anjing, merasmikan kuil dan sebagainya. Rakyat semakin benci kepada BN. Fitnah baru pula dihamburkan iaitu kononya Hj Nizar mempunyai girl friend yang akan dinikahinya nanti. Inilah fitnah jahat dari agen-agen upahan murahan UMNO BN untuk cubaan memburukkan imej Nizar supaya ditolak oleh pengundi. Tetapi kita percaya, UMNO BNlah yang akan ditolak oleh pengundi dan rakyat Bukit Gantang. (misbahul munir)

1 Cetusan minda:

Tanpa Nama,  2 April 2009 pada 11:49 PG  

kelakar pulak aku tengok poster P59 tu, 'harapan perubahan baru'? kalau tak silap aku sebelum ni diaorg yang menang kawasan P59 tu, kenapa sekarang pilihanraya semula tiba2 nak ada perubahan baru haha..

  ©Template by Dicas Blogger.