Selasa, 28 Julai 2009

Demi masa yang aku buang...

Demi masa sesungguhnya memang aku berada dalam kerugian. Hati sedikit rungsing memikirkan tentang masa. Apa yang ahrus aku buat dengan masa. Macam mana aku nak manfaatkan masa aku.


Aku tak nak menjadi mangsa korban masa. Dah perit menemui kegagalan apabila masa tidak dapat diatur dengan baik. Aku pernah menjadi korban masa sewaktu di matrikulasi dulu. Target aku untuk capai pointer 3.5 tidak kesampaian kerana banyak ‘bergurau senda’ dengan masa dan akhirnya aku tewas dalam gurauan itu.


Bila masuk semester 5 kat UPSI sekarang seolah-olah masa 24 jam tidak cukup untuk aku. Pada sifirnya dikira cukup sebab Allah maha adil menanugerahkan 24 jam masa kepada setiap orang. Tidak kira manusia itu kaya atau miskin, muda atau tua, berharta atau tidak, berjawatan atau orang biasa, nabi atau umat semuanya dianugerahkan masa yang sama.


Tetapi kita masih beralasan tidak cukup masa. Betapa sibuknya kita. Sibuk atas apa? Sibuk kerana apa? Sibuk tidur? Sibuk membuang masa? Aku berharap tulisan aku ini dapat mengigatkan diri.


Allah berfirman di dalam Surah Al-Asr mafhum daripada ayat ini demi masa sesungguhnya manusia memang berada di dalam kerugian.


Apabila aku meniliti reality kehidupan aku seharian baru aku sedar banyak masa yang aku buang atas perkara yang tidak berfaedah. Masa untuk termenung berapa jam? Masa untuk sembang kosong berapa jam? Masa untuk layan movie berapa jam? Bila dihitung-hitung dan dikira-kira betapa banyak masa aku terbuang begitu saja.


Walau apa pun jangan kerana tidak cukup masa ibadat kita kepada Allah akan punah. Ingatlah antara golongan yang disoal oleh Allah seperti mana yang saya dapat petik daripada buku Tok Guru Nik Aziz juga sebagai Menteri Besar Kelantan ialah golongan yang begitu sibuk dengan masa seperti golongan hartawan dan golongan yang memiliki kekuasaan.”Wahai golongan hartawan dan golongan yang memiliki kekuasaan, apakah yang menghalang engkau daripada beribadah kepada Allah?”


Dalam suasana kesenangan disebabkan kekayaan yang melimpah ruan serta kekuasaan yang dimiliki, namun mereka masih juga tidak melaksanakan ibadah, mencuaikan solat fardu, ,alah kadang-kadang tertinggal terus. Sepatutnya kesenangan dan kemewahan itu membantunya untuk memudahkan kerja-kerja ibadah kerana segala kemudahan untuk mengerjakan ibadah dapat diadakan dengan wang ringgit serta pengaruh kuasa yang dimiliki, namun keadaan menjadi sebaliknya.


Dengan rasa yang amat berat, golongan tersebut terpaksa juga menjawab soalan yang dikemukakan terhadapnya: “ Wahai Tuhan, sesungguhnya Engkau telah mengurniakan kekayaan dan kekuasaan kepadaku, tanggungjawab itu terlalu besar dan berat menyebabkan aku terlalu sibuk dengannya. Beban itu mendatangkan masalah bagiku kerana telah menggangu aku untuk berbakti dan beribadah kepada-Mu.” Demikianlah manusia itu berdalih.


Tuhan bertanya lagi kepada golongan tersebut: “Jika kekuasaan dan kekayaan yang engkau miliki telah menggangu engkau untuk beribadat kepada-Ku, maka manakah lebih besar antara kekuasaan yang engkau dimiliki dengan kekuasaan yang ada pada Nabi Sulaiman AS?”


Pertanyaan Allah memberi tamparan hebat kepada golongan itu kerana mereka tahu bahawa kerajaan Nabi Sulaiman AS adalah sebesar-besar kekuasaan memerintah yang telah dikurniakan Allah Taala kepada manusia.


Tidak ada kerajaan yang setanding dengan kerajaan Nabi Sulaiman bukan sahaja pimpinanya keatas manusia malah haiwan-haiwan yang melata dengan memahami bahasa haiwan yang kerap berdialog dengan baginda.


Kalau nak dibandingkan dengan hidup kita sebagai manusia biasa hatta sebagai seorang pemimpin adakah sama kesibukan kita dengan kesibukan Nabi Sulaiman? Fikir-fikirkan..

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.