Khamis, 13 Mei 2010

Belajar pun kena ada strategi politik =)


Alhamdulillah aku berjaya menyelesaikan peperiksaan aku yang terakhir pada hari ini. Asalnya peperiksaan ini akan aku ambil pada 26/4 tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan aku terpaksa mendudukinya pada hari ini berseorangan. ‘study’ berseorangan, bangun tidur berseorangan dan menghabiskan paper ini pun berseorangan. Ermm… hakikaktnya berseorangan lebih baik untuk menjawab paper ini..hehehe.. Tapi kalau kehidupan lebih baik berdua supaya berkembang keturunan bertuah ini..kahkahkah..



Ibarat air yang mengalir apa yang aku baca pada semalamnya diluahkan dan diukir sebaik mungkin di atas kertas. Entah kenapa terasa ingin berkongsi bersama sahabat-sahabat semua apa yang aku rasa. Memang kelainan dan aneh yang tidak pernah aku buat selama ini sewaktu aku belajar. Ada teknik yang tanpa aku sedari aku amalkan pada semalamnya sebelum aku menjawab peperiksaan pada hari ini. Aku tidak pasti dari mana teknik ini aku dapat tetapi dia teraplikasi dengan sendirinya semasa aku sedang belajar. Hinggakan sampai sekarang aku masih teringat-ingat dan berlegar-legar setiap langkah dan cara aku belajar semalam.



Apabila aku keseorangan berada di rumah sewa sahabat aku memang diri ini terasa sungguh sunyi. Sambil study aku bangun dan berjalan kesana kemari sambil otak ligat berfikir apa yang harus aku buat untuk menghilangkan keboringan diri ini. Buat ini tidak kena buat itu tidak kena dan akhirnya aku menghidupkan enjin moto cabot aku dan pergi minum seorang diri. Aku sebenarnya pada keesokan hari akan menghadapai peperiksaan tetapi malam sebelumnya terasa keboringan yang amat sangat. Entah apa yang harus dilakukan. Kalau ada sahabat-sahabat boleh juga berborak sambil mengulangkaji pelajaran aku. Tapi aku keseorangan apabila sahabat-sahabat sudah balik kampung dan ada juga ke tempat program lain.



Selepas pekena air di kedai mamak sambil menonton perlawanan badminton Malaysia menentang Denmark aku balik kerumah ambil melayan angin yang membelai tubuh sambil aku memecut laju motor pulang ke rumah. Sebelum sampai ke rumah tidak lupa singgah sekejap di kedai membeli air jus untuk mengisi keboringan semasa belajar. Ya Allah aku tidak pernah merasai keboringan di tahap ini.



Dengan langkah yang malas aku membuka nota yang paling nipis nota plant fisiologi. Aku tatap dan lihat gambar-gambat di dlaam nota tersebut tetapi aku masih tidak mampu menarik minat untuk belajar. Ya Allah keboringan apakah ini. Aku bertanya kepada diri. Boring sungguh. Tek pernah dirasai. Ucapan kalimah istighfar berkali-kali keluar agar datang ketenangan di hati.



Sekali lagi aku membelek nota tersebut dan aku cube menghayati ilmu-ilmu yang ada. Tiba-tiba teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Alfateh, Salahuddin Ayubi, para orientalis dan juga orang-orang hebat di kalangan Yahudi. Kenapa mereka hebat, kenapa mereka cukup berjaya semasa muda lagi. Percaya atau tidak ia seolah-olah bayangan semangat apabila kau mengigati insan-insan ini. Semangat untuk menjadi seperti mereka.



Lihatlah bagaimana Alfateh menakluk konstantinople dengan taktik peperangan yang tidak masuk akal itu. Diheretnya kapal perang merentasi bukit sejauh 5 kilometer sebanyak 90 buah kapal dalam satu malam semata-mata ingin menakluk kontantinople. Bayangkan umurnya 22 tahun sudah berjaya menakluk 20 buah negara sebagai tanah empayar Islam.



Hebatnya mereka dengan umur muda mereka.



Aku melihat diri ini. Dimanakah hebatnya diri ini. Berbangsa Melayu yang mana bangsa aku masih lagi berada dalam zon selesa berada di tanah air sendiri. lihatlah bangsaku begitu hebat memepertahankan bangsanya apabila berdegar-degar bercakap mengenai bangsa dan hak Melayu. Hidup melayu..hidup melayu.. dianjurkan lagi program Melayu Bangkit pada 13 mei untuk menunjukkan kebangkitan perjuangan melayu. Tetapi sayangnya bangsa aku mahu bangkit tetapi mahu bangkit atas dasar emosi bukannya ilmu. Mahu bangkit atas dasar perkauman bukannya kehebatan mencari peluang. Mahu bangkit atas dasar subsidi bukannya atas dasar kehebatan usaha sendiri.



Itulah motivasi dalam diri yang tiba-tiba muncul menggerakkan badan-badan aku. Segala urat-urat saraf aktif bekerja ingin menonjolkan kemahuan ini. Ia bangkit ingin menjadi seorang melayu yang berilmu. Selama 3 jam aku berada di depan nota menjadi seorang pelakon.



Ye menjadi seorang pelakon. Segala isi nota aku lakonkan sambil membaca. Gerak geri yang terhasil semasa membaca sebenarnya menguatkan lagi daya ingatan kita. Apabila aku membaca berkenaan proses yang berlaku di dalam tumbuhan aku cuba mengerakkan badan untuk meniru proses tersebut. Lenggokkan gerak badan bukan sahaja menghilangkan mengantuk malah mencergaskan pemikiran aku sendiri. aku berfikir dan terus berfikir.



Terasa macam diri sedang bersilat-silat beraksi di depan musuh. Alhamdulillah aksi lakonan itu memberi kelebihan kepada diri apabila aku dapat membaca semuya topik dalam masa yang singkat. Wah segalanya ajaib malam ini. Aku akui fisioligi tumbuhan agak susah juga apabila banyak benda yang nak kena hafal. Tetapi aabila kita ada teknik sebenarnya kita mampu mengatasi semua itu.



Alhamdulillah.. Ingin aku sambung MASTER aku dalam bidang Psikologi pula. Sains.. Selamat tinggal.. =)

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.