Ahad, 2 Mei 2010

Hari ini aku dan ujian

Sudah beberapa hari aku tidak ‘mengupdate’ blog. Kejadian tempoh hari menyukarkan pergerakan tangan. Tetapi cuba gagahi juga pada pagi ini untuk mencoretkan beberapa ayat agar tidak nampak kesunyian blog ini. Tempat meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati.



Masuk hari ini sudah 5 hari aku bergerak dalam kesukaran. Inilah sebenar nikmatnya. Nikmat sihat yang sungguh ku rasai dan ingin kunimkati. Bila ia hilang barulah diri kita akan merasai akan keperluannya. Dulu tidak kisah, dulu tidak bersyukur dan kini apabila Allah mahu menguji hambanya Dia menarik sebentar nikmat sihat dalam mencari manakah hambanya yang bersabar dan beriman.



Alhamdulillah aku tempuhi ujian Allah ini dengan senyuman. Sesekali menyelami hati orang-orang yang sakit, berempeti dengan keadaan orang yang sakit berpanjangan sungguh menjadikan satu pengajaran yang amat berguna. Kita memandang orang sakit itu dengan perasaan kasihan, kita memandang orang sakit dengan harapan semoga ia cepat sembuh. Apabila kita sakit kita bukan lagi berfikiran seperti itu malah sungguh mengharapkan orang-orang yang sudah lama sakit cukuplah untuk sakit lagi. Amat tidak selesa bila terpaksa mengubah diri daripada seaktif-aktif manusia kepada manusai yang tidak boleh bergerak bebas.



Tetapi sakit ini akan sembuh. Pasti akan merindui saat diri dijaga oleh sahabat-sahabat perjuangan. Ya Allah cukup manis bila teringatkan sikap sahabat-sahabat yang cukup ‘caring’. Membuatkan diri ini jatuh cinta. Cinta kerana Allah dan semoga bersama-sama meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan maruah Islam di bumi Malaysia ini.



“one miscall”



Selepas itu telefon ini berbunyi lagi..



“Hello Salam zul. Ko dh makan ke nie?”



“wsalam.. rase-rasenya tak lagi. Sudilah kiranya dibelikan untuk hamba sedikit makanan”. Cube berseloroh dalam kesakitan.hehe



“ok bos. Nak makan apa?”



“apa-apa aje”



Mesranya sahabat-sahabat tidak kira masa sihat dan sakit. Itulah persaudaraan yang ditunjangkan atas asas akidah Islam. Itu juga perjuangan. Disaat orang lain yang mementingkan diri sendiri ada sahabat-sahabat kita yang berempeti dengan kita.



Mujurlah tidak dimanjai kita sehinggakan hendak menyuapkan nasi ke mulut kita kan. Kalau tangan ini tidak boleh bergerak harus rasanya benda itu berlaku. Tetapi Alhamdulillah Allah tidak menguji dengan sedemikian rupa. Ujian Allah selaras dengan tahap iman kita. Tidak memberati kita kecuali sekadar termampu kita. Kasih sayang Allah kepada makhluknya.



Esok dan lusa aku akan menghadapi lagi 2 paper untuk final ezam semester ini. Semoga coretan untuk esok dipermudahkan Allah hendaknya. Doakan kejayaan aku dan sahabat-sahabat semua.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.