Selasa, 11 Mei 2010

Bila diri diuji.. Bersabarlah =)

Begitu sunyi hidup sendirian di kolej ini. Hanya buku-buku dan juga internet sebagai teman. Melepaskan pandangan jauh di jendela. Melihat pandangan alam yang begitu indah di retina mata.


Lusa aku akan menduduki satu lagi peperiksaan yang tertangguh tempoh hari. Peristiwa kemalangan yang meragut kecergasan aku sungguh aku rasai. Dulu aktif dengan bermacam gerak geri. Kini terpaksa pasif dalam kondisi diri yang mahu aktif. Owh… Sungguh tersiksa. Tetapi aku faham, aku mengerti apa yang berlaku adalah ujian Allah kepada hamba-hambanya. Allah tidak akan sekali-kali menetapkan sesuatu perkara yang sia-sia kepada hambanya. Pasti ada hikmah disebalik kejadian ini. Aku menunggu-nunggu hikmah itu jatuh ke riba. Alhamdulillah…. Hikmah itu pasti akan menjelma.



Buat apa dirisaukan ujian yang mendatang. Kelak membawa diri ke dalam kerisauan yang berpanjangan. Buat apa memikirkan bala yang mendatang kelak meletakkan diri dalam kemuraman. Baiklah berbaik sangka dengan Allah. Alhamdulillah syukur.



Petang ini aku dan kawan-kawan seperjuangan beriang-ria si sungai samak. Owh aku tersiksa batin lagi. Suka melihat sahabat-sahabat aku berenang ke sini dan kesana. Melibas-libas arus sungai mengalunkan air yang mndatangkan ketenangan emosi dan kerihatan minda. Tetapi aku berasa terkongkong di penjara sakit yang entah bila akan sembuh. Tetapi ya Allah aku bersyukur kehadratMu. Sakitku ini tidaklah seteruk hamba-hambaMu yang lain yang diuji dengan lebih dahsyat lagi. Sakit aku hanya sementara membakar dosa dalam diriku.. Alhamdulillah.



Esok sahabat-sahabat aku akan bertolak ke Melaka untuk mencari sesuap ilmu bersama ulama-ulama pondok disana. Pondok baitul Qura pasti dijejaki bersama-sama semangat muda yang ingin belajar dan menguasai dunia. Ya menguasai dunia dengan penguasaan ilmu agama dan juga akademik. Tetapi Allah tidak memilih aku kali ni. Aku sakit. Perlu memikirkan akademik aku yang perlu diselesaikan disini. Saaot orang lain yang sudah menyelesaikan akademik masing-masing sebelum cuti semester tetapi Allah sungguh menyayangi aku memilih untuk diselesaikan akademik aku dalam cuti semester ini. Allah mengetahui apa yang aku tidak ketahui.. Alhamdulillah Allah maha besar.



Ya Allah dengan kesakitan dan keterbatasan ini Kau ampunkanlah semua dosa-dosa ku … Amin

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.