Isnin, 3 Mei 2010

Selamatkan pasukan POLIS negara kita...

Sekarang ini begitu kalut negara kita dengan beberapa kes nasional yang sedikit sebanyak boleh mengoyahkan keamanan negara. Rasa bimbang dan sedih hati apabila kes-kes nasional yang berlaku ini cukup besar implikasinya kepada negara. Yang terbaru kes kematian adik Aminulrashid yang mati ditembak polis.



Kes ini melibatkan polis yang menjaga keamanan negara. Melibatkan badan besar yang cukup penting dalam menjaga kepentingan rakyat dan juga negara. Saya menjangkakan kes ini akan selesai secepat mungkin kerana tidak wajar untuk menyalahkan polis sepenuhnya. Mungkin tindakan polis ada justifikasinya dalam melakukan tugas. Kita tidak mengetahui keadaan sebenarnya sebab itu tidak layak untuk menghukum polis sepenuhnya.



Apabila aku membuka laman web informasi Malaysiakini sekali lagi imej polis terpalit dengan satu berita yang bagi aku cukup mencemarkan sekali. Insiden yang berlaku di Selangor apabila polis menyerang satu majlis belia anjuran Kerajaan Selangor membuatkan aku berfikir banyak dengan kredibiliti dan ketelusan polis dibawah pimpinan Musa Hassan. Apa yang tidak kena sebenarnya dengan pentadbiran Musa Hassan. Sungguh banyak perkara buruk berlaku dibawah pentadbirannya.



Nama baik pasukan polis perlu dibersihkan secepat mungkin. Mesti ditubuhkan satu suruhanjaya bagi memantapkan lagi tugas-tugas polis agar bertepatan dengan keadaan jenayah sekarang. Apabila disebut polis timbul kebencian sesetengah pihak terhadap badan yang penting itu. Seolah-olah pihak polis tidak pernah menjalankan tugas demi menjaga keselamatan negara. Seolah-olah keselamatan negara yang ada sekarang bukan dari kerja polis tetapi tugas masyarakat sendiri. itulah kesannya apabila nama baik pasukan polis tercemar. Sungguh tercemar dengan apa yang berlaku sekarang.



Beberapa minggu yang lepas banyak aku dengar ketegasan polis terhadap kempen politik. Kalau ia belaku adil terhadap semua parti politik itu tidak menajdi masalah dan semestinya rakyat boleh menerima tindakan polis tersebut. Tetapi polis ibarat menjadi pelindungan kepada parti politik Barisan Nasional yang didominasi oleh UMNO. Sudah semestinya tindakan ini akan mencemarkan lagi nama baik polis yang tugasnya menjaga keselamatan semua rakyat bukannya menjaga kebajikan sestengah pemimpin politik.



Tengoklah sahabat-sahabat aku apabila terserempak dengan polis semasa kempen pilihanraya hulu selangor. Mereka semua memandang polis dengan pandangan sinis seperti bermusuh. Padahal polislah yang menjaga keamanan negara. Tatapi persepsi orang ramai terhadap polis sekarang cukup buruk. Dulu persepsi orang ramai terhadap polis yang buruk-buruk kebanyakannya datang daripada pengikut parti pembangkang. Kini tinjauan rambang aku di Facebook dan juga kawan-kawan sekuliah menunjukkan persepsi kebencian dan persepsi buruk terhadap polis semakin membarah. Tidak kira lagi dari pembangkan dan pro kerajaan semuanya memandang tugas polis sebagai tidak berintegriti dan lari matlamat asal.



Aku menulis artikel ini sebenarnya rasa dari tidak puas hati dan ketidaksedapan hati dari apa yang berlaku sekarang. Aku merasakan perlu ada perubahan yang cukup besar dalam pasukan polis bagi mengembalikan keprcayaan rakyat terhadap polis. Aku sedar tugas polis dan sumbangan polis cukup besar terhadap rakyat dan negara. Tetapi janganlah kebertangungang rakyat kepada polis itu dipersepsikan dengan satu persepsi yang buruk dan salah..



Selamatkan pasukan polis dari MUSA HASSAN..itu sahaja jawapannya.


Polis serbu program belia, satu pelajar cedera



malaysiakini.com



Seorang pelajar kolej cedera ketika polis menyerbu program belia anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam malam tadi.




Bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertanggungjawab terhadap satu perhimpunan aman.




Beliau mendakwa, mereka datang seolah-olah hendak berperang, dengan tiba-tiba menyerbu tempat tersebut tanpa sebarang amaran.




Mohd Nazrul Anwar Mohamad Adli, 20, yang mengikuti pengajian diploma dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik di Kolej PTPL, adalah antara belia yang menyertai program anjuran kerajaan negeri Selangor itu.




Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Azli Yusof yang menganggotai jawatankuasa pengajuran program tersebut berkata beliau terkejut dengan apa yang berlaku malam tadi.




Katanya, program tersebut yang mendapat sambutan menggalakan dari kalangan belia, tamat sekitar waktu tengah malam.



Beliau mendakwa, anggota polis secara tiba-tiba menyerbu ke arah mereka, sambil menendang motosikal mereka yang diletakkan di situ, menyebabkan kumpulan belia itu bertempiaran dari situ.



Ketika itulah, katanya beliau ternampak Mohd Nazrul, dekat Quality Inn, bertembung dengan kereta dan terjatuh.



Menurutnya, Mohd Nazrul bangun dan cuba menunggang motosikalnya, tetapi motosikalnya ditendang oleh seorang anggota polis, menyebabkan dia terlanggar sebuah van yang terletak di situ.



Azli berkata beliau sempat mengambil nama anggota tersebut - seorang konstabel - dan nombor perkhidmatannya.


Saksi nafi Aminulrasyid cuba rempuh polis

Penumpang yang juga rakan remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah menolak dakwaan polis bahawa mangsa cuba merempuh ke arah polis.

"Apabila ditem

bak, badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak,” katanya pada sidang media di rumah keluraga Aminulrasyid, hari ini.

Menceritakan kejadian Isnin lalu, Azamuddin Omar, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak.

Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri.

Pelajar tingkatan tiga itu masih ketakutan kini menjalani rawatan untuk trauma.

Bapa saudara kepada mangsa, Kamaruddin Hassan yang berada pada sidang media itu berkata pihaknya tidak mahu inkues berhubung pembunuhan itu seperti yang dicadangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Kami mahu siasatan diraja kerana hanya itu sahaja cara bagi mendapatkan siasatan yang telus dan adil,” katanya.Menurut peguam keluarga berkenaan, N Surendren, tidak perlu diadakan inkues kerana tidak ada pertikaian mengenai cara remaja itu meninggal dunia.

Kamaruddin juga membidas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dilaporkan berkata pihaknya sedia mengundurkan polis jika orang ramai tidak lagi mahu mereka menguat-kuasakan undang-undang.

"Kami hormati polis tetapi mungkin ada yang diibaratkan sengai 'buah busuk' di kalangan mereka,” katanya.

Keluarga berkenaan juga merayu kepada semua pihak bagi menghentikan spekulasi dan membuat kenyataan yang boleh melukakan perasaan ibu Aminulrasyid.

Antara kenyataan itu, termasuk dakwaan bahawa dua remaja berkenaan adalah penjenayah dan keluarha mereka patut dipersalahkan kerana membiarkan budak-budak berkenaan memandu tanpa lesen pada waktu tengah malam.

“Ada juga ura-ura bahawa kakak mangsa akan juga didakwa kerana keretanya digunakan,” katanya lagi.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.