Rabu, 12 Mei 2010

Lesen dah keluar.. Jom kita berjudi..kahkahkah


Judi..judi..judi.. isu ini semakin panas dan hangat dikalangan blogger-blogger politik di seluruh Malaysia. Bagi aku benda ini bukan isu politik tetapi ia isu hukum hakam agama. Apabila dibicarakan oleh orang politik ia seolah-olah macam satu isu politik yang sengaja diperbesarkan. Percayalah ia bukan masalah politik semata-mata. Ia isu hukum yang perlu ditegaskan oleh setiap jiwa yang bernama Islam.



Maka timbullah satu tragedi yang sungguh meluatkan apabila keluar daripada mulut seorang Timbalan Menteri untuk mengeluarkan lesen judi sempena piala dunia. Hujahnya supaya dapat mengawal kegiatan berjudi yang berleluasa semasa piala dunia. Saya tidak menkategorikan Timbalan Menteri ini sebagai bodoh dan buta sebab ia dipilih rakyat sebagai seorang pemimpin. Tetapi dengan cadangan beliau ini sudah layak untuk mengatakan dia memang seorang yang bodoh. Lagi memalukan ia adalah cadangan daripada seorang Timbalan Menteri Melayu beragama ISLAM juga berasal dari Kelantan. Kononnya dulu kalau BN menang di Kelantan dialah bakal Menteri Besar Kelantan. Alhamdulillah mujurlah dia kalah di Kelantan, kalau tidak buat malu lah rakyat Kelantan dan mungkin sekarang Kelantan sebagai hub judi terbesar di Malaysia. Nauzubillah..



Aku merayau-rayau dari satu blog ke satu blog. Dari sekeras-keras pendapat sehingga sekritikal pendapat. Semua mengutuk soal judi ini kecuali blogger-blogger daripada yang pro kerajaan. Biasanya merekalah pejuang Melayu nombor satu dan tiada lagi isu Melayu yang mereka akan biarkan tetapi mereka akan mempertahankan habis habisan. Kini bila timbul isu judi mereka menjadi buta dan tak tahu nak berkata lagi. Moga-moga pekak dan bisu itu akan sampai kepada mereka nanti. Huhuhu… bukan aku doakan tetapi mereka yang seolah-olah mahukan sebegitu.



Allah Taala mengancam keras orang-orang yang berjudi dan juga peminum arak. Jelas di dalam Al-Quran dan juga hadis nabi menyebut tentang haramnya judi. Judi ini terjadi apabila si pemenang hanya kecil bilangannya dan orang yang kalah bilangannya besar. Maka kesannya juga besar sehinggakan boleh menyebabkan banyak lagi masalah-maslaah lain yang bakal muncul. Dulu kerajaan berdegar-degar sembang pasal Along.jangan buat pinjaman dengan along, jangan adakan sebarang urusan dengan along. Kini bagi aku kalau aku jadi along aku boleh tersenyum. Rakyat Malaysia yang sudah ketagih dengan judi pasti mencari along-along untuk mendapat pinjaman duit segera dengan harapan menang judi dan segera membayar hutang along. Kalau seratus orang yang meminjam dengan along dan yang menang hanya seorang sahaja maka 99 orang akan dibelasah dengan parang-parang panjang along kalau mereka tak mampu membayarnya.



Aduh itulah yang aku katakan kenapa masih mengundi menteri yang tidak cerdik untuk memimpin kita. Tidak sedar lagikah kita setelah merdeka lebih 50 tahun kenapa masih cetek pemikiran kita. Ayuhlah kita berubah dengan meletakkan hak-hak Islam itu di tempat nombor satu. Judi itu haram. Judi bukan isu politik. Kita bising bukan sebab ia politik tetapi sebab itu adalah haram yang ditegaskan di dalam Al-Quran dan juga Hadis. Kita orang islam. Kita mesti mahukan syurga Allah Taala. Judi itu dosa besar. Maka takutkanlah akan azab-azab Allah atas dosa judi itu.



Jadilah orang yang cerdik dalam menilai sesuatu isu. Yang pertama sekali penilaian terhadap sesuatu mestilah dengan kefahaman Islam yang syumul dan betul. insyaAllah kita tidak akan menjadi rakyat yang bodoh dalam nak menilai sesuatu.. insyaAllah

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.