Selasa, 29 Jun 2010

Tiru Yahudi pun ok jugak kan??

“Buku ini merakankan sebahagian potret perjuangan yang rencam yang dituang melalui kejernihan akal seorang tokoh muda dan semoga ianya menjadi tatapan berguna kepada generasi muda yang mula berjinak dipangguna politik dan dakwah” Ridhwan Mohamad Nor.



“Sepahit Jadam”. Sebuah buku unggul tulisan seorang ulama muda, Nik Mohammad Abduh Bin Nik Bdul Aziz.Anak kepada seorang ulama haraki tersohor di Malaysia khususnya di Kelantan Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Buku yang mengisahkan perjuangan hidupnya yang ditulis dalam bentuk naratif begitu asyik untuk dibaca sebagai kutipan-kutipan bermakna untuk tatapan perjuangan. Dilahirkan dibawah bumbung rumah seorang ulama yang tersohor banyak mematangkan dirinya untuk menjadi seorang pejuang tulin di dalam sebuah gerakan Islam di Malaysia iaitu parti Islam Semalaysia (PAS).



Sudah semestinya dalam menghasilkan sesuatu pemulisan seperti yang dihasilkan Ustaz Nik Abduh tudah semudah yang disangkakan. Aku begitu tertarik dengan ketajaman fikiran yang terdapat dalam penulisannya. Bidikannya tepat dan mampu menghancurkan musuh politiknya yang sejak dulu, kini dan mungkin selamanya iaitu UMNO dan juga orang-orang yang tidak ikhlas di dalam perjuangan bersama dengan PAS.



Aku sebagai orang muda juga cuba menghayati ruh perjuangan yang ada dalam dirinya dan dalam diri pejuang-pejuang PAS yang lain. Yer sememangnya aku dan politik tidak akan dipisahkan. Tidak sekali-kali aku akan “mentalakkan” politik atas desakan sesetengah pihak yang cuba memisahkan aku dengan aliran perjuangan PAS ini. Dalam kejahatan Yahudi ada juga mutiara yang boleh dipetik. Yahudi mendidik anak-anak mereka berpolitik sejak mereka kecil lagi. Yahudi mengajar anak-anak mereka mengenal siapa musuh mereka yang sebenarnya. Islam lah musuh mereka yang harus diperangi selama-lamanya. Kecerdikan politik diasah sehingga mereka sekarang mampu menakluki dunia. Daripada dunia yang dikuasai oleh Britian, selepas itu kuasa beralih kepada Amerika Syarikat dan kini Yahudi mula mendominasi kuasa dunia dari segenap sudut. Owh hebatnya politik ajaran ayah dan ibu Yahudi kepada anak-anak Yahudi. Alangkah bagus kalau ayah dan ibu melayu pun sebegitu. Perfikiran jauh macam Yahudi.



Si melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu menyibukkan diri mereka supaya anak-anak dijauhkan dari berpolitik. Katanya politik adalah kerja orang tua-tua. Budak-budak jangan masuk campur hal politik nanti menganggu pelajaran. Tengoklah betapa dangkalnya pemikiran orang-orang melayu hasil didikan UMNO selama lebih 50 tahun. Apa nak diharapkan kepada UMNO aku tak tahulah.



Ustaz Nik Abduh ada menyebut akan mendidika anaknya menjadi pedang-pedang Islam untuk “melibas” UMNO sehingga UMNO lurus dan kembali kepada Islam. Sudah semestinya Ustaz Nik Abduh perlu menjadi “Yahudi” untuk mendidik anaknya menjadi ‘SaifulIslam’. Kalau diikut rentak melayu berpolitik mendidik anak jadi bodoh piang anak-anak hendak ambil tahu pasal politik dan pentadbiran. Aduh Yahudi. Sebalik kejahatanmu ada juga mutiara yang boleh diambil. Bila aku menulis begini nanti ada yang akan mengatakan aku gila kerana ingin mengikuti cara Yahudi. Bukankah cara Islam itu begitu syumul dan tepat.



Inilah masalahnya kita. Islam kita Islam baka. Bukan Islam yang apabila kita menerima Islam kita melihat Islam dengan penuh keindahan. Melayu kebanyakan mendidika anak Islam apa yang rutin menjadi amalan mereka. Aku bersetuju dengan tulisan Kassim Ahmad(orang menggelarnya anti-hadis di Malaysia) yang menyebut orang Melayu mendidik anak-anak mereka ritual Islam tanpa ada roh Islam. Orang Islam tidak nampak keindahan Islam kerana ritual itu tidak meresap masuk ke dalam jiwa orang-orang Islam. Hasilnya melayu Islam lemah dari segenap sudut. Ekonomi, pendidikan dan mungkin satu masa nanti politiknya bakal tersungkur.



Jadi contohilah Yahudi dalam mendidik anak berpolitik. Ayah aku seorang guru. mengajar di sebuah sekolah di Tanah Merah Kelantan. Bergiat aktif dalam politik semenjak mudanya. Sewaktu aku masih kecil aku dibawa ke tempat-tempat ceramah PAS. Aku terbiasa dengan tempat ceramah sehingga aku mampu pergi bersendirian ke tempat ceramah. Dulu memang aku fanatik PAS sebab banyak terpengaruh dengan ceramah-ceramah PAS. Tetapi kini aku banyak juga mengkritik PAS atas dasar rasional dan kebenaran. Tak bermakna aku kritik PAS tandanya perjuangan UMNO itu betul. Kadang-kadang ada juga kerja buat UMNO yang betul. Jadi sekarang aku ingin berada dalam kondisi orang yang fanatik kepada kebenaran. Dimana ada kebenaran disitulah aku cuba tempatkan diri aku.



Aku menonton CD ceramah Wacana Perdana yang bertajuk Islam di Malysia Satu Realiti dan Harapan .Salah satu ahli panelnya adalah Mantan Mufti Perlis yang terkenal dengan jolokan Wahabi Dr Asri. Aku ingin menjadi sepertinya suatu hari nanti insyaAllah. Beliau mengimpikan golongan muda anak-anak Malaysia fanatik kepada kebenaran. Buang sikap anak muda yang fanatik kepada logo parti atau wana parti. Jadikan anak-anak muda negara kita yang fanatik kepada fakta dan hujah kebenaran sesuai dengan golongan muda yang semakin terdedah kepada maklumat.



Aku anak guru, Ustaz Nik Abduh anak tok guru. misi kita sama… Islam memimpin perubahan.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.