Jumaat, 18 Mac 2011

Revolution 'pandemic'


Revolusi menjadi satu perkataan keramat era politik demokrasi yang dialung-laungkan oleh seluruh dunia. Revolusi bukanlah satu perkara biasa tetapi perkara luar biasa yang menjadi igauan tirani diktator daripada berlaku di negara masing-masing. Revolusi yang berlaku di Iran suatu ketika dahulu bukanlah penamat segala revolusi. Laungan demokrasi yang bergema di seluruh dunia dikatakan sistem terbaik untuk digunakan dalam memilih kerajaan dikotori oleh pelampau-pelampaun yang ingin terus mengekalkan hegemoni kuasa.


Tunisia.. Sebuha negara di Asia Barat. Bukanlah negara yang terkenal seperti Mesir, Palestin, Arab Saudi atau Jordan. Di Mesir terkenal dengan pusat pengajian agama yang tertua di dunia iaitu Universiti Al-Azhar, di palestin terkenal dengan kezaliman dan penindasan yang tidak sudah-sudah yang dikenakan terhadap rakyat Palestin. Menerjang hidup rakyat Palestin dengan kepayahan yang memeritkan. Arab Saudi pula tekenal dengan tuan kepada Haramaini iaitu dua tanah suci umat Islam Mekah dan Madinah. Berjuta-juta umat Islam saban tahun berkumpul di sana untuk mengerjakan ibadah haji. Di Jordan juga terkenal dengan pusat pengajian agama yang lebih bersistem. Tetapi apa yang ada dengan nama Tunisia.




Kedudukan negara yang terletak berhampiran Laut Mditeranean bukanlah negara banyak menempa nama di persada dunia. Hampir nama Tunisia tidak disebut oleh sebilangan besar rakyat Malaysia kerana negara ini agak terpencil daripada sebarang berita yang memahsurkannya. Tetapi tanggal 14 Januari menjadi satu tarikh yang bersejarah kepada bangsa Tunisia apabila ledakan revolusi yang diketuai Mohamad Bouazizi memuntahkan pelurunya menghalau keluar pemimpin diktator Presiden Zine Al-Abidine Ben Ali. Dunia tidak menjangkakan satu revolusi tercetus di Tunisia ini rupanya satu ‘ignition’ yang berjangkit kepada banyak negara arab yang lain.



Husni Mubarak. Pemimpin jelmaan syaitan yang berkuasa di Mesir akhirnya rebah di henyak oleh kuasa rakyat. Tekad rakyat mesir yang rata-ratanya rakyat marhaien yang miskin menolak kekejaman dan kejahatan Husni Mubarak akhirnya tercapai dan mereka meraikan kejayaan ini dengan penuh gembira dan syukur. Siapa menjangka rakyat yang selama ini tunduk dan patuh kepada tekanan kerajaan, hampir tidak bersuara dalam setiap kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan akhirnya sanggup bermandi darah meninggalkan kampung halaman mengajak seluruh keluarga mencari kebenaran dan sinar kebahagiaan di jalanan.



Kejatuhan Husni Mubarak juga menjadi satu igauan yang sangat menakutkan kepada Zionis dan Amerika Syarikat apabila mereka cuba untuk campur tangan dalam konflik politik di Mesir. Zionis dan Amerika cuba sedaya upaya untuk menghalang Ikhwan Muslimin daripada menjadi kerajaan di Mesir. Ikhwan satu gerakan dakwah yang cukup hebat mempunyai sejarah yang berduri dalam sejarah Mesir. Pengasas kepada Harakatul Islam Ikhwan Muslimin Asy-Syahid Imam Hassan Al-Bana di bunuh oleh pemerintah Mesir pada 12 Februari 1949. Kejatuhan Husni Mubarak pada bulan Februari hampir menyamai tarikh kematian Asy-Syahid Hasan Al-Bana. Mungkin ia satu petanda daripada Allah Taala bahawa Ikhwan bakal mengambil alih pemerintahan Mesir satu hari nanti dan mengimarahkan bumi Mesir dengan syariat Islam.



Tak cukup dengan itu revolusi arab ini berjangkit kepada negara-negara arab yang lain. Libya dengan kekejaman Muammar Ghadafi sanggup membunuh rakyatnya demi hegemoni kuasa yang dipegangnya. Saya mendengar ceramah DS Nizar Bekas Menteri Besar Perak, katanya Muammar Ghadafi telah melakukan satu sistem pembodohan yang terancang kepada rakyat Libya dengan tujuan memudahkan beliau untuk memerintah Libya. Nah sekarang rakyat Libya yang melalui sistem pembodohan itu sudah bangkit melakukan pemberontakan demi menghalau si keparat keamanan Muammr Ghadafi.




Wabak Revolusi tidak berhenti setakat itu sahaja. Kini penjaga kepada kedua-dua Tanah Haram juga dijangka akan melalui proses yang sama. Desas desus rakyat di kedua-dua tanah haram ini menuntut kerajaan Arab Saudi yang pro Amerika diubah serta merta. Wabak revolusi membuatkan si diktator di seluruh dunia menjadi keluh kesah.



Saya sokong revolusi. Saya mahu ia juga berlaku di Malaysia. Cukuplah kita dibodohkan selama 53 tahun oleh UMNO Barisan Nasional… Revolusi!!!! Kita bangkit.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.