Sabtu, 19 Mac 2011

Ukhuwah kerana Allah, dimana kita Aura Ukhuwah tetap mencengkam hati.


Hari ini tiada yang istimewa untuk saya update blog saya. Sejak daripada lepas subuh hingga sekarang saya masih tidak keluar rumah. Hanya keseorangan di rumah sewa ini menunggu sahabat tersayang balik sini.



Sani dan Adnan. Mungkin mereka tengah berseronok bersama sahabat-sahabat Rabithah Murabbi yang lain dalam satu rehlah tarbawi yang dianjurkan oleh Generasi Murabbi batch kami. Saya tidak berkesempatan untuk turut serta apabila diambil kesempatan oleh guru-guru lama diamanahkan untuk menguruskan pelajar-pelajar yang akan menyertai pertandingan rekacipta inovatif. Ahh!!.. Sangat rugi. Rasanya inilah program yang terakhir yang seronok untuk dianjurkan berkebetulan kami masih berpraktikal dan kebanyakkannya masih bujang. Andai dah berkeluarga dan posting merata-rata nanti sangat susah untuk berkumpul.



Apabila saya sms sani bertanya khabar sempat lagi dia mengenakan saya.



“nape mesej? Rindu ka?haha..”



Begitulah saya dan sahabat-sahabat. Perjuangan yang dibina di kampus dulu membina satu perhubungan yang cukup utuh. Membina satu perasaan cinta dan sayang kepada sahbat kerana Allah. Kekasih Allah pernah bersabda:



"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada',tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:"Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih."



Pokwe, Jamal, Amin,Pian, Jerol, Ukashah, Sani, Adnan,Nawwar, Fathi, Fazli….. Agar ukhuwah di antara kita makin utuh seperti utuhnya bangunan reaktor Nuklear Jepun. Walaupun keutuhan bangunan reaktor nuklear sudah meletup, yakinlah ukhuwah di antara kita lebih hebat kerana ia dilandaskan di atas Jalan Allah.



Saya juga harap Rabithah Murabbi akan jadi satu organisasi yang kuat untuk perjuangan Islam di Malaysia ini.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.