Jumaat, 18 Mac 2011

Ucapan khas untuk sahabat saya Malek Hassan.


Rasanya masih tidak terlewat untuk saya ucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat seperjuangan saya Saudara Malek Hassan di atas perkahwinannya tempoh hari dengan gadis pilhan hatinya Ukhti Nabilah. Perkahwinan antara sunnah Nabi Muhammad yang agung di mana Nabi SAW ada menyebut di dalam satu hadis berkenaan sunnahnya ini.



Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".



Majlis yang sederhana dan meriah dihadiri oleh sahabat-sahabat UPSI menceriakan Malek. Dulu saya tidak menyangka. Malek selalu merendah-redahkan dirinya.



“Muslimat manala yang nakkan ana nie”



“xde yang berkenannya”



Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."



Tetapi lihatlah sekarang. Jodoh untuknya datang setelah beberapa bulan dipostingkan. Dulu Malek satu platun bersama saya di dalam Palapes. Pernah menjadi mangsa buli saya ketika latihan palapes dan suka juga saya mengenakan dia semasa bergurau-gurau. Kini dia sudah mendahului saya dalam menyelesaikan tugas agama ini. Satu sunnah Rasulullah yang sangat besar dan berat. Disitu ada kebahagiaan dan tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap isteri, anak-anak. Tanggungjawab mentarbiyah. Ingin mengelakkan isteri dan anak-anak menjadi bahan bakar api neraka. Subhanallah. Besar sungguh tanggunjawab tersebut.



Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.



Jelas di dalam hadis tersebut Rasulullah mengajar kepada kita cara untuk kita mentarbiyah isteri kita. Penuh dengan lemah lembut, berkasih sayang, bijaksana. Sosok isteri yang ditarbiyah bukan sahaja menerima tarbiyah malah akan meneruskan agenda tarbiyah kepada insan-insan sekitar terutama sekali anak-anak. Lebih-lebih lagi kami semua sebagai abnaul harakah mempunyai misi penting untuk mentarbiyah manusia seluruhnya.



Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.



Malek Hassan. Dulu senyumannya tidaklah manis sangat. Tidak ada yang istimewa daripada sosok tubuh ini dari segi fizikalnya. Tetapi sosok tubuh ini menjadi teramat manis, berseri-seri, menunjukkan sikap kematangan setelah datangnya insan istimewa Ukhti Nabilah ke dalam hidupnya. ‘Tersepak’ dalam perjuangan membawa insan berdua ini ke gerbang perkahwinan. Gerbang yang ditunggu-tunggu dan membahagiakan. Tidak dimulakan dengan cinta cintun atau ‘berkapel’. Tetapi dimulakan dengan istikharah dan proses penelitian yang mapan untuk memilih insan penting sebagai peneman hidup untuk berjumpa Allah Taala.



Saya juga berhasrat untuk menyempurnakan amanah Nabi ini. Doakan kemudahan di dalam perancangan saya. Untuk Malek..Teruskan membina rumahtangga bahagia di dalam harakah yang memerlukanmu.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.