Khamis, 17 Mac 2011

Orang Tanjung Lumpur orang Pantai

Hingga ke hari ini hampir sebulan aku berpraktikal di Kuantan. Keputusan memilih Kuantan untuk berpraktikal adalah satu keputusan yang tepat kerana banyak perkara-perkara baru yang saya terima sepanjang berada di Kuantan.



Keunikan masyarakat ‘majmuk’ di Kuantan memeriahkan lagi suasana lebih-lebih lagi di kawasan Tanjong Lumpur. Orang disini menggelarkan orang di Tanjong Lumpur sebagai orang pantai kerana penempatan mereka di tepi pantai dan ada yang bekerja sebagai nelayan.



Disini medium untuk saya bermasyarakat adalah di sebuah surau di kawasan peramu. Tersergam indah surau yang berwarna hijau mudah untuk menjangkakan surau ini ditadbir oleh amilin-amilin jemaah Parti Islam Semalaysia PAS. Perkenalan singkat bersama Abang Syamsul menarik aku dan sahabat-sahabat berusrah bersama penghinggap setia surau di Peramu. Ini yang seronok menjadi ahli usrah semasa di kampus dahulu. Ke mana sahaja pergi akan berjumpa dengan rangkaian-rangkaian usrah yang sepuluh jari menadah tangan mengalu-alukan kedatangan kita. Lebih-lebih lagi saya dan sahabat-sahabat teratak kuda ini orang muda, mereka sangat-sangat suka untuk berkongsi bermacam-macam perkara dalam usrah pertama kami.



Pada jumaat yang lepas kami mengubah selera untuk bersolat jumaat di bahagian utara rumah kami. Sebelum ini saya tidak pernah tahu di sini juga ada masjid. Lebih kurang 3km dari rumah kami. Alhamdulillah malam ini saya keseorangan tanpa sahabat solat Isya berjemaah di Masjid Penambang. Sebelum ini bersosial di Surau Peramu tetapi malam ini di Masjid Penambang. (saya lebih suka solat di masjid daripada solat di surau). Masjid ini tidaklah terlalu besar. Tetapi disini dibuat solat Jumaat. Kedudukannya betul-betul di tepi pantai memberikan satu pengalaman yang indah di masjid ini. Terasa kesegaran daripada angin pantai yang menghempak dan keberkatan berada di dalamnya.



Amat malang hari pertama berada di masjid ini. Saya tidak berkesempatan untuk berkenalan dengan sesiapa pun. Sekadar bersalam-salaman dengan pakcik-pakcik sesudah solat maghrib dan Isya. insyaAllah moga-moga esok masih ada untukku. Amin. Jom lebarkan dakwah. Sekurang-kurangnya dengan senyuman dan akhlak yang baik. =)

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.