Isnin, 21 Mac 2011

Anak tak sah taraf cecah 234,647


Terkejut dengan laporan akhbar Berita Harian kebejatan akhlak di negara kita. Laporan yang bertajuk “Anak tak sah taraf cecah 234,647” mengejutkan saya dari lamunan berita-berita trajis di Jepun. Jepun menghadapi kematian jiwa yang tinggi ekoran gempa dan Tsunami yang menimpa mereka tidak mengecualikan rakyat Malaysia yang menghadapi Tsunami yang lagi teruk dan parah. Tsunami jiwa, nafsu dan akhlak yang dihadapi oleh rakyat Malaysia telah menunjukkan satu catatan yang menakutkan. 234,647 jumlah anak luar nikah bukanlah satu jumlah yang sedikit kalau nak dinisbahkan kepada jumlah penduduk negara kita. MasyaAllah.. Bala apakah ini..



Jumlah itu ialah kira-kira 9% daripada keseluruhan 2,481,276 kelahiran yang didaftarkan dalam tempoh yang sama. Ini bermakna jumlah bayi yang lahir setiap hari di negara kita lebih kurang 10% adalah anak luar nikah yang tidak sah taraf. Apabila berlaku hal sebegini bermacam-macam lah respon daripada cerdik pandai yang ada di dalam negara kita. Tetapi pendapat-pendapat yang dikeluarkan kadang-kadang di tahap bodoh bangang intelektual di negara kita apabila pendapat tidak pernah dilandaskan kepada agama.



Agama adalah satu-satu caranya yang paling berkesan untuk menyelesaikan masalah yang manusia hadapi sekarang ini. Bermacam-macam kajian jiwa yang telah dilakukan oleh bijak pandai untuk menyelesaikan masalah jiwa manusia ini. Ada yang mengaut teori-teori barat untuk diguna pakai kepada manusia. Saya tidak menyalahkan teori-teori tersebut kerana teori-teori tersebut sememangnya benar. Tetapi yang menjadi masalah kita telah membelakangkan Engineer Manusia iaitu tukan buat manusia yang Maha bijak Maha Mengetahui untuk menyelesaikan masalah manusia. Allah mengutuskan manusia sebagai khalifah di muka bumi bukannya turun tanpa ‘kertas kerja’ yang lengkap. Tetapi telah tersedia lengkap segala ‘kertas kerja’, perancangan dan sebagainya untuk kebahagiaan manusia di muka bumi.



Manusia bodoh sombong. Tidak pernah untuk meneliti ‘paper work’ yang Allah sediakan untuk kita dalam mengimarahkan bumi Allah ini. Lantas manusia bersikap lebih hina daripada binatang yang mendatangkan murka Allah. Mungkin Allah tidak akan menghancurkan rakyat Malaysia dengan Tsunami besar. Cukup bagi Allah memberi pengajaran kepada manusia di Malaysia ini dengan kebejatan akhlak yang teruk.



Jom lebarkan dakwah. Kita tidak boleh duduk berpeluk tubuh lagi..



Sekurang-kurangnya gunakan penulisan kita untuk menyebarkan dakwah. Manfaatkan segala macam alternatif yang ada untuk melebarkan dakwah. Allah tidak akan tanya berjaya atau tidak tetapi Allah akan tanya kita buat atau tidak. Jom buat.. jangan cakap saja.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.