Selasa, 2 Jun 2009

Nazula fitnah Kerajaan Kelantan dan HUsam... Nielah perangai UMNO kelantan..Sapa UMNO kelantan??JOM BACA

Itulah padahnya bila samseng tak tahu langit tu tinggi ke rendah?? samseng dengan lidah yang tidak bertulang ingin menjadi hero dalam kalangan masyarakat Kelantan kononnya kerajaan kelantan sekarang ini begitu banyak penyelewengan. setelah 20 tahun memerintah Kelantan tanpa satu pun laporan rasuah(kire nie rekod di dalam Malaysia) tetapi hero kambing ini yang diberi nama Nazula bertindak ganas memfitnah kerajaan Kelantan dan juga Datuk Husam Musa. sapa-sapa yang masuk blog aku dari kawasan Nazula kambing itam nie tolongla sedar-sedar diri skit tahap mana pemikiran pemimpin korg nie..."Jange jadi bodo supo kambi".. laporan kat bawah tu aku ambil daripada malaysiakini supaya dijadikan iktibar jangan bagi peluang UMNO memerintah Kelantan sebab bagi kat UMNO memerintah sama jer macam bagi kat kambing.. Bertuah punya kambing daa..
YB. Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan
Datuk Nazula Mat Piah,Pemfitnah terhormat mat cain UMNO

Lepas fitnah bagai nak rak pastu mudah2 mintak maaf...banyak cantik

ADUN BN Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah (Paloh) memohon maaf kepada exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap naib presiden PAS itu pada 2007.

"Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau," kata Nozula dalam notis permohonan maaf itu yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian hari ini.

Nozula dan seorang lagi ADUN BN Kelantan, Muhd Adhan Kechil (Bukit Bunga) telah membuat laporan tersebut terhadap Husam pada akhir November 2007.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek yang mewakili Husam berkata, antara lain laporan mereka adalah mengenai:

  • Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Hussam Musa.


  • Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn Bhd

  • Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn Bhd.

  • Isu Kedai Majlis Daerah Machang.

  • Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.

  • Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pas mengutip dana.

  • Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.

  • Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.


  • Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.
Ahmad Shabrimi berkata, tindakan kedua-dua ADUN tersebut antaranya, telah meletakkan Husam dalam kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum dan kehinaan awam.

Berikutan katanya, Husam telah mengarahkam tindakan undang-undang diambil terhadap kedua-dua ADUN BN tersebut serta akhbar New Straits Times (M) Berhad.


"Akhirnya pihak ADUN berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan.


"Dengan notis permohonan maaf ini, maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap anakguam kami adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas.


"Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami.


"Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain," kata Ahmad Shabrimi.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.