Khamis, 4 Jun 2009

Kampong aku yang indah dan permai

Alhamdulillah malam nie aku berkesempatan untuk solat Isya berjemaah di masjid. Jarak lebih kurang 1 KM daripada rumah aku tidak memberi masalah untuk aku sampai ke masjid. Ruginya orang yang rumahnya berjauhan dengan masjid. Kalau dekat kan bagus. Leh g masjid tiap2 hari. Ermm…. Tol ke cam tu?? Ala x jugak kn. Kat kampong aku nie ade orang tu rumah sejengkal jer daripada masjid tapi xpernah sampai2 ke masjid melainkan hari jumaat. Kalu x disyariatkan Solat Jumaat rasanya haram la nak pijakkan kaki ke masjid. Mungkin bagi dorg menjejakkan kaki ke masjid ibaratkan pergi makan angin di Amerika Syarikat dek jarangnya ke masjid. Huhuhu..

Sekembalinya daripada masjid singgah sebentar di rumah Paksu in. antara orang yang veteran kat kampong aku nie. Ermmm… Xdela veteran sgt kot. Gagah lagi la. Maklumlah kerja kampong. Orang-orang yang tinggal kat kampong biasanya tua-tua pun masih gagah lagi. Berbeza ngan orang yang tinggal di Bandar. Di Bandar hari2 dop sedut asap kenderaan tu yang cepat sakit. Kalau orang kampong lebih-lebih lagi yang kerja menorah getah awal-awal pagi lagi menyedut udara segar ciptaan Allah. Betapa nikmatnya hidup kat kampong. Ok kembali kepada citer aku. Citer kat umah paksu in. malam nie kat umah paksu in die buat majlis solat hajat sebab anaknya nak sambung belajar. Anak perempuannya la.. dah kawin kot. Huhuhu.. tapi ntahla..xtanya..huhuhuhu… sambung blaja bidang nursing. Ijazah rasanya. Bagusla kan. Blaja tinggi2 pastu jadi orang yang berguna untuk agama.

Cakap pasal belajar nie benda nie ade kaitan dengan apa yang berlaku kat umah Pakcu in malam nie. Majlis malam nie orang-orang kg yang datang adela dalam 30 orang kot. 30 orang tu lelaki la. Kalau campur ngan perempuan tu aku x tahu la. Sampai aku kat umah die pakcu in Nampak gelisah dah. Huhuhu.. nape pulak orang tua nie mundar mandir depan pintu nie. Macam hilang anak jer. Hati aku berkata-kata. Pakcu in tegur aku…”haji bidin maghi ko dop?? Xdop tok imam male nie. Ado kijo belako. Kalu haji bidin xmaghi berat nana”….”tak tahu” aku menjawab..
Laaa… pattula gelisah orang tua nie. Takut xde orang nak jadi imam solat hajat dan tahlil malam nie. Pakcu in masih mundar mandir depan pintu rumahnya. Biarlah die dengan kemundar mandirannya. Aku terus masuk ke dalam rumahnya.

Kebetulan plak tok ayah aku sihat malam nie jadi dielah yang mengetuai majlis pada malam nie. Tok ayah aku memang tua dah. Umur dalam 70 lebih macam tu la. Sejak akhir-akhir ini selalu jer sakit. Biasala..orang tua. Bila dah tua macam2 sakit yang datang. Walaupun xberapa sihat petang tadi sempat lagi g tengok kolam ikan die kat kebun.. huhuhu.. pelik skit sakit tok ayah aku nie.. ade time2 dia kot. Ape pun layan je lah…

MasyaAllah..dop tengah solat tibe2 lak aku terfikir sesuatu..(kira solat aku xkhusuk la nie). Misal kata malam nie tok ayah aku xde sape la yang nak jadi imam. Tok ayah aku dah tua. Badan dah semakin lemah. Kena-kena 2 orang tok imam kampong aku ade kerja sape la yang nak jadi imam malam nie. Nak soh orang lain yang ada malam tu aku rasa kalau tembak ngan senapang gajah pun xnak jadi imam sebab x biasa. Nak soh aku???? Tu pun kalau aku ada kat kampong. Aku bukannya selalu balik kampong. Dop buzy ngan study aku kat perak.
Keadaan ini mengambarkan kepada kita semua dalam masyarakat kita sekarang makin kurang golongan-golongan yang belajar agama. Adapun yang belajar agama makin hebat cabarannya kerana golongan yang belajar agama ini sering dikaitkan dengan orag-orang yang tidak melihat kemajuan, kolot, x sporting dan sebagainya. Adeh runsing gak kalu fikirkan benda ini terus berlaku. Kat kg aku nie ramai jugak yang belajar agama tapi bila habis belajar xramai yang menetap kat kampong. Ramai yang kerja luar Kelantan. Harap2 aku di postingkan kat daerah aku nnt.. :)

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.