Ahad, 7 Jun 2009

Muktamar PAS: Jaga tepi kain orang sampai berak kat situ sapa suruh??Jaga sudahla..Jangan smpai berak

Alhamdulillah lah Muktamar PAS pada kali ini telah menyaksikan tanzim baru dalam kepimpinan PAS. Setuju ataupun tidak setuju ahli-ahli PAS semua menerima keputusan itu dengan redah dan hati yg terbuka. Wala’ kita kepada kepimpinan tidak boleh berbelah bagi. Itu yang diasuh di dalam PAS.

Seperti biasa isu muqabalah menjadi igauan sesetengah pihk peperti PKR. Dek bencinya kepada ust nasha maka beberapa tulisan yang meloyakan ditulis dengan emosi tersendiri dan tidak bertindak bijak. Masa terluang aku menjengok beberapa bloggers nakal yang cuba memberi pandangan berkenaan kemenangan Ust nasa. Ada sorg blogger tu mengulas kemenangan Ust nasa kononnya kerana ada tangan hitam dibelakang tabir. Aku baca jer tulisan die. Layan dulu. Ape2 pun benda tu dah die tulis.. baca jer lah. Tapi hampa sebab xde bukti kukuh dan semua tu andaian semata-mata.

Masalah pemilihan berlaku dalam rumahtangga PAS. Tapi org lain yang kecoh lebih. Macam angau. Macam kena santau. Ibaratkan ayah kita nak kawin lain tapi pak sedara kita plak yang bising bagai nak rak. Heboh sluruh mesia. Anak2 ayah xdak lak nak bising sebab ayah kawin lain…perrgghhh!!!.. masalah betol. Lagi satu aku fikir benda nie berlaku dalam umahtangga orang lain kita dah bising bagai nak rak. Kalau berlaku dalam rumah tangga sendiri hancurla rumahtangga tu. Hancur berkecai la parti demo tuh..

Apakah bodoh sangat haji had nak bergabung dengan UMNO. Ingat senang ka?? Kalau die nk bergabng sapa nk bergabung?? Die sorg ataupun PAS?? Aku komfom ramai yg xstuju ngan gabungan tu. Tapi aku yakin disebalik kata-kata haji hadi ada strategi tersirat yang org lain xfaham. Haji hadi masuk PAS bukan setahun dua. Dia masuk PAS dan kenal UMNO sebelum PKR tubuh lagi.
Dalam politik nie pergerakan kena penuh strategi dan bijak. Aku ingat pada zaman sahabat apabila sahabat nabi Khalid Al-walid lari daripada medan perang bersama2 mujahiddin di bawahnya. Semua org Islam marah sebab lari dari medan perang. Masa tu xde bloggers so xde la kecoh sgt, xdela gempak sgt.kalau ade bloggers zamn nabi yg xmakan "saman" mesti lagi kecoh gamaknya. Nabi pun kata inilah strategi perang. Tgk betapa bahlolnya org yg marah Khalid-Alwalid. Marah sebab xreti..

Kadang-kadang strategi xleh nk dedah kepada ahli.hanya orang-orang yg tertentu jer yang tahu.

Apa-apa pun PRU-13 dah makin hampir. rapatkan saf kuatkan kepimpinan dan carilah ilmu agama. xdak pekdahnya berpolitik kalau xleh nk bawa agama maju kehadapan dan meletakkan Islam di tempat yang paling tinggi. Macam perjuangan yang sia-sia je la. aku harap PAS and the gang cari formula baru untuk lenyakkan isu muqabalah yang sebenarnya media sendiri yang AUTA. semoga mencapai kemenangan dalam PRU-13...
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM..

6 Cetusan minda:

fraser 7 Jun 2009 pada 7:27 PTG  

Saudara setuju dengan Muslimat Dengkil?

Nonsense ya demonstrasi?

Mahfuz dan Salahuddin dulu kena tahan sebab nonsense la?

Mohamad Sabu pun buat bebenda nonsense la?

Ni la bila benci dan bias pada Anwar Ibrahim tak tentu pasal...

مَعهَدين الُمعلمْ 7 Jun 2009 pada 9:27 PTG  

hehehe...
Silap faham tu..
memeang pada dasar nya stuju.
tapi demonstrasi bukan la menjadi budaya utama PAS..
xslah berdemo sebab ana sendiri selalu join demo yang pernah dianjurkan. tp pada dasarnya saya bersetuju dengan pandangan muslimat PAS tu..

fraser 9 Jun 2009 pada 5:22 PTG  

Demonstrasi adalah budaya kita, budaya PAS.
Malah tak keterlaluan jika ini dikaitkan dengan bangsa dan agama kita.

Tuan Guru Nik Aziz pernah sebut merujuk kes demonstrasi orang-orang Iran pada 1991-1192 dulu, bahawa aktiviti tawaf adalah menyamai demonstrasi (sila rujuk buku Biografi Nik Aziz yang diterbitkan antara 1991-1993)

Orang-orang Melayu menganjurkan demonstrasi di jalan raya pada 1946 menentang gagasan Malayan Union, dengan sepanduk "Jahanam McMichael!" (sila rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5 atau Khoo Kay Kom, Prof.)

Jangan sampai ahli-ahli PAS dan komponen PR akan berbuat hal yang sama.

Apa jijik sungguhkah Anwar Ibrahim tu? Apa salah beliau?

Saudara juga menyertai demonstrasi, menurut saudara..maka saudara juga mberbuat nonsense?

Ni lagi unity gomen, kenapa Nasharuddin: a) Bohong dalam Muktamar
b) Melawan kenyataan Mursyidul 'Am?

Silakanlah berunding dengan UMNO, bersedialah kita untuk kalah.

مَعهَدين الُمعلمْ 9 Jun 2009 pada 7:51 PTG  

Aik!!!!..
ada ke sy kata dmostrasi tu salah??
xde rasanya...
yg saya kata sejak akhir-akhir ini PAS semakin aktif dengan demo. tu benda baik la tu. xde salahnya... xde ulama kuarkan fatwa kata demo tu haram. demo tu cuma satu pendekatan. xde salahnya PA nak ambil. Berperang pun satu pendekatan. tetapi pendekatan berperang tu x sesuai dengan keadaan kita skrg nie. jadi ape nak bising dengan pendekatan.
Ish!!
suka betol kecohkan benda kecik!!

Anuar IBrahim??
xde plak saya merendah2kan die.
Saya juga mengenali nya sejauh mana saya mengenalinya. kawan rapat dgn Almarhum Bekas Pesiden kita...
Fikrah die masih ada fikrah Islam sebab die pun dulu ahli jemaah kat kampus.

Utk isu kerajaan perpaduan nie cuba analisis baik-baik kenyataan kedua-dua pihak. kedua-dua pihak ada hujahnya tersendiri. saya mengambil pendekatan neutral sekarang sebab kita dh dekat dengan PRU-13 dan juga manek urai. Apa guna bergaduh pasal UG. nampak sgt kebodohannya. pasal UG kita sepatutnya xyah risau. yg dop kata pasal UG hanya haji hadi dan nasha..Kalau betol2 nk buat pun akan ada penetangan yg hebat dalam PAS sendiri. lagipun keputusan Majlis Syura adalah yg muktamad.

yg kita kena pk sekarang mcn mana nk halang UBN daripada menggunakan isu ini utk menghancurkan PAS dn PR. Tgk sekarang kenyataan Khairy dan Najib sengaja nk memecahbelahkn PR. tp ramai blogger masih bodoh dop berbalah pasal isu ini.

Buatlah kerja secara berstrategi bukan semberono..

lagipun UG nie hanya satu konsep dan tidak semestinya dilaksanakn.

fraser 10 Jun 2009 pada 1:34 PG  

Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan maklum balas saudara.

Semoga Allah mejaga wada perjuangan kita, dan juga rakan kongsi kita juga.

Saya juga mohon maaf dalam bahasa saya yang agak kasar, ya, sesungguhnya masih tak cukup matang cara berbicara dan berbincang.

Terima kasih.

مَعهَدين الُمعلمْ 11 Jun 2009 pada 4:03 PTG  

:-)
Sama-sama..
sy pun masih baru dalam benda nie..
mengundi pun belum lagi..
baru jer cukup umur..
Sama-sama kita kuatkan ukhuwah Islamiyyah sesama ahli jemaah..
kita ahli gerakan Islam..
bukan ahli parti politik sekular..

  ©Template by Dicas Blogger.