Royalti kita di UPSI adalah POSTING
Pemimpin perlu bersatu dalam memperjuangkan hak. Inilah yang aku dapat simpulkan apabila meneliti Program Perhimpunan Rakyat Kelantan dalam menuntut Hak Royalti Minyak. Pemimpin-pemimpin tanpa mengira fahaman dan ideologi politik bersatu hati dalam memperjuangkan hak bersama. Jelas dalam gambar yang saya sertakan Tengku Razaleigh Hamzah bersama pimpinan kerajaan Negeri Kelantan bersatu hati, duduk bersama, untuk mendedahkan kepada rakyat Kelantan bahawa hak rakyat Kelantan mesti diperjuangkan.
Ya Allah.. saya tidak henti-henti mengucapkan kalimah mulia dan hati ini terasa sangat terharu. Inilah perjuangan merentas ideologi berjaya ditunjukkan oleh pimpinan UMNO dan PAS Kelantan.
Apa yang aku harapkan benda ini menjadi tradisi walau dimana sahaja. Contohnya dalam politik kampus dalam konteks politik kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mana kumpulan tradisi iaitu MAHASISWA PENDIDIK dan PIMPINAN BITARA harus berganding bahu bersama untuk memperjuangkan hak pelajar. Pendek kata kita mengetepikan masalah ideologi sendiri dan bersatu dalam perkara yang perlu kita perjuangkan. Contoh sekarang ialah isu posting. Saya mengharpkan isu ini dapat dibawa bersama keperingkat lebih tinggi sehingga peringkat Nasional iaitu bersama-sama antara MPP MAHASISWA PENDIDIK dan PIMPINAN BITARA untuk memperjuangkan isu ini.
Marilah kita mencari semangat untuk bersatu kerana kita sebagai orang Islam sudah berada di dalan acuan yang begitu indah. Jangan kita menjadi onar dalam acuan yang indah ini. Demi survival dan kebajikan pelajar UPSI tidak salahnya kita berjuang bersama. Mengenepikan perbezaan pendangan dalam perkara cabang dan meletakkan asas perjuangan itu untuk menegakkan Islam dan memperjuangkan kebajikan Mahasiswa/wi Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kuli memang hebat.. Perjuangannya merentas ideologi
Pernah lihat sidang media yang disertai oleh 2 pemimpin berlainan ideologi? Bagi saya inilah kali pertama yang saya lihat. Mereka bersama kerana memperjuangkan hak yang sama.. Tahniah UMNO dan PAS Kelantan...











