Khamis, 12 November 2009

Selamat pagi cinta...

Segalanya syukur kepada yang maha pencipta mengizinkan oksigen teus meresap ke dalam tubuh aku, roh masih lagi berpadu utuh dengan jasad. Kesihatan anugerahnya yang menjadi amanahnya. Keceriaan, ketenangan hati, kepedihan, kesakiran, kerisauan yang saling berlumba0lumba mendominasi dalam diri. Walau didatangkan apa badai sekalipun diri ini tetap akan menempuhinya kerana sedar hakikat sebenar cinta dan kasih sayang yang paling abadi dan mulia itu milik Allah.



Hari demi hari aku tempuhi dengin segigih mungkin. Badai ombak aku tempuhi ranting-ranting duri tajam yang acap kali menikam diri ini menyedarkan aku kepada kasih sayang Allah yang tidak pernah lekang kepada makhluknya. Setinggi mana ujian setinggi itulah sayangnya Allah pada makhluknya. Ujian Allah bukan pemusnah tetapi sebagai tonik berbisa untuk menguatkan hati. Alangkah aman dunia ini kalau semua manusia sedar itulah hakikat cinta Allah. Cinta yang paling abadi dan paling agung.



Cinta manusia dinilai dari segi zahirnya. Apa yang nampak dimata itulah tahap cinta manusia kepada manusia yang lain. Tiada manusia yang cintakan manusia lain tetapi tindakannya menyusahkan manusia lain. Jikalau tindakan itu menyusahkan sekalipun akan dijustifikasikan setiap kesusahan itu. Itulah cinta manusia. Cinta pada zahir sahaja. Cinta manusia tidak ke mana…


Alhamdulillah malam ini aku sempat meluangkan sedikit masa menonton movie Selamat Pagi Cinta. Sebuah movie yang sarat dengan tema cinta dan kasih sayang antara dara dan teruna dan juga antara suami isteri. Movie yang mengisahkan dua kisah dalam satu itu mengambarkan cinta manusia yang dihasilkan daripada tindakan-tindakan yang menyenangkan hati. Ayat-ayat romantis menjadi halwa telinga penyedap hati dan terus mengikat hati atas dasar cinta manusia berbeza jantina. Akhirnya pasrah dengan ketetapan ilahi yang mereka tidak boleh bersama selamanya. Si teruna kecewa kerana si dara pujaannya berkahwin dengan orang lain. Si isteri bersedih pabila Allah lebih awal menjemput suaminya bertemu dengannya. Tetapi itulah ketetapan ilahi. Ketetapan yang dibuat kerana cintanya Allah kepada makhluknya. Tapi siapa yang peduli cinta Allah? Cinta yang tidak pernah disedari akan kehadirannya. Cinta yang hadir dalam bentuk lain yang hanya dapat difahami oleh orang-orang yang dapat menganalisis ilmu-ilmu Islam. Cintanya Allah ter hadap Rasulullah maka dibiarkan Allah akan penduduk Taif membaling batu sehingga berdarah batang tubuh Rasulullah. Cinta Allah kepada rasulullah sehingga patah gigi geraham Rasulullah dan ramai sahabat beliau mati di dalam di dalam peperangan. Cinta Allah kepada Rasulullah tidak pernah Allah memberi sedetik rasa kepada Rasulullah untuk hidup di dalam kemewahan sesuai dengan tarafnya sebagai pemimpin agung yang memimpin seluruh umat manusia. Dari satu sudut ada orang mempertikaikan itukah cinta Allah kepada kekasihnya? Apatah lagi kepada kita sebagai hambanya yang sudah pastinya tidak mempunyai sebarang keistimewaan berbanding nabi? Hendak menyelami cinta Allah itu tidak boleh dibuat secara logik tetapi mestilah dengan bimbingan wahyu. Cinta Allah yang maha agung.


Jodoh, ajal, maut ditangan Allah. Itulah pengajaran terakhir daripada movie ini. Andaikata aku berkahwin kelak dan ditakdirkan isteri aku lebih dahulu bertemu dengan sang pencipta apa yang terdetik di hati aku pada ketika itu? Ish!!! Sangat susah untuk mengagak kata hati dan sangat susah untuk berhadapan ddengan perasaan. Ia mudah untuk bercakap tetapi agak susah untuk menghadapi saat yang sebenarnya akan berlaku..


Apa pun untuk movie ini malam ini 5 stars..


Wassalam…..


Bercinta dan berkasih sayang untuk selamanya…….

2 Cetusan minda:

سركندي 15 November 2009 pada 10:45 PG  

salam.akhi zul pun layan gak movie ni.hahhaa...jah tengok dulu dr akhi la kiranya.hahhaa...movie "kiamat sudah dekat" pun boleh tahan gak akhi...lepas tu.."cinta sempurna"karya ustaz hasrizal...hehehe

مَعهَدين الُمعلمْ 15 November 2009 pada 6:43 PTG  

hehehe..
tu la..
dulu xsempt nk tgk movie nie..
skrg masa free so layan la ape movie yg patut.

ada banyak juga movie yg bagus2..

  ©Template by Dicas Blogger.