Khamis, 19 November 2009

Hidup dalam mencari erti yang sebenar..

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku berjuang dengan mata pen dan pensil untuk menguji kandungan ilmu yang berlegar-legar di kepala saat ‘study’ hanya last-last minute. insyaAllah ilmu-ilmu itu mesti diperteguhkan semula dengan mentelaah di kemudian hari. insyaAllah..



Hari ini aku masih berkesempatan untuk berlegar-legar di alam maya meneliti kerenah manusia yang tidak pernah sunyi dengan berbagai kerenah. Orang politik dengan kerenah politiknya, orang seni dengan kerenah hiburannya, orang kampung dengan kerenah masyarakatnya, bencana dengan mehnah dan ujiannya sama-sama mencorakkan dunia dengan berbagai ragam. Sesekali pening aku untuk menilai sesuatu setelah maklumat yang masuk ke dalam kepala saling bercanggah. Jari dan fikiran terus ligat mencari maklumat dan kebenaran untuk santapan ‘nafsu’ akal. Itulah yang seharusnya ada dalam setiap diri manusia. Kebenaran harus dicari bukannya menjadi pencacai bodoh taklid buta terima ilmu dalam sumber yang terhad.



Berkunjung ke blog seorang penulis yang aku sanjungi saudara Sayuti Omar (MSO). Tulisan kritisnya terhadap politik memang menyedapkan dan menyelerakan untuk dibaca. Tulisan-tulisan kritis terhadap sesetengah individu yang menjadi wayang didalan persada politik negara harus direnungkan. Asalkan tidak menimbulkan persepsi salah dan fitnah sudahlah. Letih sudah aku berfikir pasal persepsi yang sering mendahului kebenaran yang asli. Tengoklah tak pelik parti akan PAS hancur kerana persepsi.Nauzubillah.. jauhkan daripada segala persepsi buruk.



Masa masih ada beberapa hari lagi untuk terus menetap di kolej dan selepas itu aku akan balik ke kampung untuk bersama keluarga menyambut ketibaan hari Mulia Hari Raya Haji. Sudah tidak sabar rasanya ingin meratah lazat daging-daging lembu. Tapi perlu diingat pemakanan aku harus dikawal kerana 3 hari selepas hari raya latihan ketenteraan fasa berterusan akan bermula. Aduh!!! Seronok.. tak sabar rasanya kena lanyak dan mendera badan dengan latihan-latihan fizikal..huhuhu..



Kini kerinduan kepada keluarga aku makin mencengkam. Rindu dengan senyuman manis adik-adik dan melihat kematangan mereka dalam proses mengenali identiti diri. Harapan aku agar mereka sentiasa membina diri dengan panduan daripada agama Allah yang agung dan sentiasa menyiapkan diri untuk meneruskan perjuangan yang masih panjang. Perjuangan apa??? Ermm… Entahlah… sendiri fikirlah. Mungkin perjuangan untuk menghilangkan senarai nama sebagai ahli neraka yang bakal dibakar di dalam ap neraka yang panas membara.



Yup.. itu lah perjuangan yang seharusnya dipandang berat. Lebih berat lagi daripada isu politik, lebih berat lagi daripada isu posting, lagi berat daripada memikirkan masalah wanita dan lain-lain. Tetapi berapa ramai orang yang lebih suka memberatkan diri dengan hanya memikirkan masalah dunia. Pastinya dunia akan kiamat dan janji Allah itu adalah benar. Aduh pedih sebenarnya hendak menulis ayat-ayat ini takut diri aku terdiri dalam kalangan manusia yang hanya tahu bercakap tapi tidak dibuat apa yang dicakap. Tapi sedarlah sahabat-sahabiah sekalian penulisan yang semacam inilah sebenarnya lebih cepat menikam ke dalam lubuk hati aku daripada aku dengar syarahan daripada orang lain.

  ©Template by Dicas Blogger.