Khamis, 12 November 2009

Mufti, Ulama perlu dapat kebenaran untuk berceramah - JAIS

SHAH ALAM, 12 Nov (Bernama) — Para ulama dan mufti perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terlebih dahulu sebelum dibenar menyampaikan ceramah agama ataupun khutbah di negeri ini walaupun mereka menerima pengecualian tauliah JAIS.


Pengarah JAIS Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata pengecualian tauliah kepada mereka yang ingin mengadakan ceramah atau khutbah di Selangor hanya diberikan kepada golongan tertentu antaranya ulama, mufti negeri, jawatankuasa fatwa, Hakim Mahkamah atau Pendaftar Mahkamah Syariah serta Menteri atau Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam.


"Memang ada pengecualian syarat tauliah diberikan kepada individu tertentu tetapi untuk menyampaikan khutbah atau ceramah di Selangor, mereka yang dikecualikan juga perlu mendapatkan kebenaran daripada JAIS, bukannya boleh terus buat begitu saja.


"Bagi penceramah bebas, mereka tidak tertakluk kepada pengecualian ini dan perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS,” katanya ketika ditemui pemberita pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini. - Bernama



sumber



Aduh.. leceh betol nak menyampaikan Islam di negara Islam. Orang yang memang disahkan mempunyai kredibiliti dan ilmu agama yang tinggi pun perlu kebenaran.


Itulah watak-watak bangsat dalam menjatuhkan Islam. Berada dalam sebuah badan bertag Islam tetapi menjadi musuh besar dalam kerja dakwah. Sampai bila orang Islam akan berada dalam kerugian macam ini. Alangkah ceteknya akal..


Apa yang nak dihalang lagi? Ulama, mufti sememangnya mempunyai ilmu agama yang tinggi, kenapa perlu diminta kebenaran untuk buat kerja dakwah..


Jikalau nabi Isa turun di Malaysia perlukah nabi Isa mohon kebenaran daripada JAIS untuk berdakwah??


Sama-sama kita fikirkan...

7 Cetusan minda:

EPAL...NORFAEZAH MOHD NUR 13 November 2009 pada 12:18 PG  

assalmualaikum...salam ziarah..trima kasih krana ziarah blog sy yang x sberapa.....

alhmdulilah dan insyaallah...ilmu allah kita akan sntiasa berkongsi....

salam ukhuwah..
syukran...

hanafi 14 November 2009 pada 8:39 PG  

salam ziarah....
dalam sesuatu perkara, jgn terlalu cepat menghukum.....
jgn lupa, apa yg kita tulis akan d tanya oleh Allah s.w.t...

Dakwah sepatutnya bebas d sampaikan... saya juga kurang setuju dengan sistem tauliah, kerana ia peninggalan penjajah....

tp jangan kita lupa, saidina Abu Bakar pun minta izin kepada Nabi utk mengimamkan solat... kebenaran Nabi adalah tauliah ikut tafsiran kini... Jadi, salahkah soal tauliah??
Pasal penangkapan, saya juga tak bersetuju.. mungkin juga ade dendam dalam diri si penangkap, namun.... dalam soal ini, mufti lain tak pernah di persoalkan... Cuma banyak kekeliruan yg d bawa oleh DRMAZA ni... itu sebab nak kena ade pemamtauan... saya tak kata DRMAZA salah, saya banyak bersetuju dengan pendapatnya walaupun kadang kala bercanggah dgn adat kita,, adat kita x semestinya betul..

lg 1, soal tauliah, kehendak DYMM sultan Selangor yg nak... Soal agama bukan kah dalam tangannya..

Kenapa sebelum ni xpernah nak d persoalkan?? suatu ketika dulu TG Nik Aziz tak d benarkan berceramah d Tanjung Karang, d kelilingi ratusan polis.. Tanjung Karang tu bukan selangor ke? bukan saya nak bandingkan pemerintah dulu dengan sekaran, tp knp dulu senyap bile perkara mcm ni terjadi, bile org yg x sebulu dengan kearajaan msia plak yg buat, habes gempar seantero dunia.. perasan atau tidak??

Dalam kes ni, saya tidak bersetuju dengan penangkapan dan soal tauliah jangan kita pertikaikan, kerana, urusan pemberian tauliah insyaAllah akan d berikan kepada setiap yg layak... untuk pemantauan, bukan utk menyusahkan,

Ingat x?bekas mufti selangor sendiri tak d beri tauliah d negeri selangor????jgn lupe ini..

Maaf juka menyinggung perasaan. pandangan dr seorg yg hina

مَعهَدين الُمعلمْ 14 November 2009 pada 10:25 PG  

tak faham sebenarnya apa yg saudara tulis..

berbelit-belit..

Apa sebenarnya tujuan tauliah dikeluarkan??

Kenapa ambil contoh kisah sahabat yg mintak jd imam yg mungkin permintaan itu atas dasar nk hirmat nabi. takkan semua sahabt-sahabat nabi yg nak mengajar semua nk kena g mintak ngan nabi?

Bukankah nabi pesan suruh kita sampaikan ilmu walau satu ayat. xde plak nabi mati-mati ingatkan klau nk smpaikan ilmu kena ada tauliah dulu..

Sistem tauliah nie mmg terkenal pada zaman kerajaan Kamal attaturk lankatullah kerana nk sekat cetamah-ceramah ustaz yg tak sebulu dengan dia.

Sy tak pertikaikan pertauliahan itu sndiri. yg sy pertikaikn adlah pengkapan trhadap org yg betol2 sudh mmpunyai ilmu.

Sbb itu sy tanya kenapa tauliah diwujudkn? slame nie setahu sy tauliah dekeluarkn untuk mmbendung ajaran SESAT.

Tanpa Nama,  23 November 2009 pada 2:47 PTG  

periksalah siapa yang di tangkap.... apa fahaman yang dibawa...

مَعهَدين الُمعلمْ 25 November 2009 pada 8:17 PG  

owh..
itulah kelemahan org Islam..
suke bergaduh dalam masalah cabang fiqh..

masalah sejagat dibiarkan..

Tanpa Nama,  29 Disember 2009 pada 10:19 PG  

KITA X GADUH FASAL FIQH TAPI AQIDAH BOSS.BELAHJAR AQIDAH AHLUSS SUNNAH DAN BANDING DENGAN IBNU TAIMIYYAH PUNYA AQIDAH MUJASSIM.TOK KENALI LAWAN MEREKA NI HABISAN PASAL APA?X FIKIR KE BENDA NI....INI SOAL AQIDAH BUKAN FIQH....KALAU DUK ASYIK KAFIR ORG DUK KATA BUAT BIDAAH X SESAT LAGI KA....BALIK PI BLAJAQ AKIDAH DULU BARU TULIS APA YANG HANG NAK TULIS.JANGAN DUK BELA GOLONGAN SESAT

  ©Template by Dicas Blogger.