Sabtu, 14 November 2009

Laskar Pelangi dan pernagai Yahudi Manusia


Hidup ini adalah perjuangan……

Banyak dugaan dan cabaran..



Alhamdulillah dikesempatan ini masih sempat aku untuk menghayati filem Laskar Pelangi. Sebuah filem yang mengisahkan kehidupan yang sarat dengan perjuangan dan mencari keadilan yang sebenar. Filem yang berasal daripada Indonesia itu mengisahkan sekumpulan pelajar dan 2 orang guru yang gigih membangunkan sekolah mereka. Boleh dikategorikan sebagai sekolah agama rakyat yang mana keadaannya serba daif dan cukup memalukan. Sekolah yang mungkin dianaktirikan kerajaan Indonesia kerana dasar sekolah itu yang tidak ‘sebulu’ dengan kehendak kerajaan. Biasalah perkara itu terjadi. Bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia sendiri perkara itu terjadi dan pernah menimpa diri penulis semasa di alam persekolahan dahulu.



“Memberi sebanyak-banyaknya dan jangan kita menerima sebanyak-banyaknya” itulah prinsip hidup yang dipegang oleh guru di sekolah Muhammadiyah di dalam filem Laskar Pelangi. Asasnya ialah keikhlasan hati yang datang dari hati yang betul-betul melakukan kerja ingin mencari redha Allah, ingin mencari kepuasan hidup bermasyarakat, ingin membantu masyarakat, ingin membentuk masyarakat yang madhani dari segi akhlak dan spiritual. Kegigihan.. itulah point utama yang ingin disampaikan oleh filem ini. Itulah sifat utama yang dipegang oleh 2 orang guru tersebut. Tidak pernah kenal erti penat dan lelah walaupun kerja yang dibuat sudah berbulan tidak dibayar gaji. Itulah asib guru sekolah agama rakyat. Bila melihat situasi giru-guru tersebut aku teringatkan zaman persekolahan aku dahulu. Guru-guru yang betul-betul berjuang untuk meletakkan akhlak di dalam diri pelajar-pelajar. Sanggup mengadakan kelas petang tanpa bayaran. Bila ditanya mengapa cikgu tidak ambil bayaran daripada pihak sekolah spontan dia menjawab Allah yang akan membayar kita. Yang penting pelajar-pelajar ingin belajar dan ingin mengapai sinar pelangi. Teringat aku kepada guru-guru di Sekolah Menengah Agama Arab Syamsul Maarif Lelaki. Banyak sangat kenangan disitu walaupun aku Cuma berada semala 3 tahun disekolah tersebut sebelum melanjutkan pelajaran tingkatan 4 dan 5 di Maahad Muhammadi Lelaki. “guru-guruku.. Jasamu akan sentiasa ku kenang. Perjuanganmu akan sentiasa dirintih di dalam doaku” Amin!!



Anak-anak murid yang nakal menjadi watak utama di awal filem Lasakar Pelangi. Mereka yang datangnya daripada keluarga yang susah ingin menagih secebis ilmu disekolah agama rakyat. Setiap diri mereka mempunyai minat yang tersendiri. Ada yang meminati muzik, ada yang minat membaca, ada yang gila cinta dan banyak ragam lagi. Akhirnya ragam mereka, perangai mereka dibasuh dan dicantum menjadi satu. Mereka begitu gigih mencari ilmu. Tidak kenal penat dan susah walaupun berada disekolah yang sangat daif. Berada di dalam bangunan yang mungkin esok atau lusa akan runtuh. Bila runtuhnya bangunan itu bisa menghempak tubuh mereka dan akhirnya mereka Syahid semasa menuntut ilmu. Tapi mereka tidak peduli semua itu malah tidak pernah terfikir dalam diri mereka. Yang penting mereka ingin membina sahsiah dalam diri, membina ilmu dalam diri tanpa disogokkan dengan bantuan material. Tiada bangunan yang indah, tiada kerusi meja yang selesa. Mungkin kerusi dan meja yang mereka guna usianya sudah berpuluh-puluh tahun. Mungkin juga kerusai dan meja itu pun bantuan daripada mana-mana pihak. Mustahil untuk membeli yang baru. Memang mustahil. Usahkan meja, membeli kapur pun berhutang dengan taukeh cina. Daifnya kehidupan mereka. Ya Allah bantulah sekolah agama rakyat.


Kemiskinan mencengkam kehidupan mereka. Fasiliti di sekolah tidak menjadi harapan mereka. Yang penting keikhlasan hati. Orang yang ikhlas sebegini kerap dijuji Allah. Itu tandanya Allah sayang mereka. Bila ujian tiba ibarat suatu bonus daripada Allah kea atas diri mereka. Ibarat ayah atau ibu kita yang mendapat bonus hari raya daripada majikan. Gembira bukan kepalang dengan bonus yang diterima. Si ayah dan si ibu lantas membawa anak-anak menukar pakaian baru, baju sekolah baru, segalanya baru kerana bonus yang diterima. Tetapi bagi anak-anak Laskar Pelangi ini bonus mereka amat berbeza sekali. Bonus yang mereka terima kadang-kadang boleh menempah kegundahan dan putus asa. Jasad bisa lemah dengan bonus anugerah Allah ini. Tetapi tidak mereka. Bonus itu mereka terima dengan sabar dan berlapang dada. Otak mereka bergeliga dan semakin ligat dan bijak dalam menghadapi ujian Allah itu. Kini salah seorang guru mereka mati. Bagaimana mereka bisa meneruskan pengajian yang serba kekurangan itu dengan seorang guru? Oh Tuhanku betapa tabahnya mereka. Kuatnya hati mereka. Itulah bonus anugerah Allah. Anugerah ketabahan dan ketekunan yang memang tidak akan dimiliki oleh sesiapa pun kecuali orang yang beriman dan bertakwa.



Guru mereka sekarang tinggal seorang. Anak dara yang cantik lagi baik hati itulah guru mereka. Senyuman yang menawan, lemah lembut dan mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi itulahsatu-satunya guru mereka yang tinggal disekolah Muhammadiah itu. Susah senang akan ditempuhi bersama dengan guru itu. Tetapi betapa Allah mahu menguji mereka semua guru mereka yang comel dan baik itu sudah patah hati untuk mengajar kerana kematian ‘PAK’ orang tua otai yang selama ini begitu gigih memberi nafas untuk sekolah Muhammadiah.



Sekarang apa guna lagi berada disekolah? Termenung mereka disekolah kerana ketiadaan guru. Harapan mereka makin lemah jatuh merudum di dalam kemiskinan diri mereka. Apakah masa depan mereka hanya sebagai kuli kepada golongan kaya dengan hasil titik peluh yang tidak seberapa? Alangkah besar ujian yang mereka tempuhi. Tetapi mereka masih beruntung. Di dalam kelemahan diri itu masih ada lagi jiwa saudara mereka yang masih kuat dan utuh. Masih ada lagi yang sudi berjihad untuk menuntut ilmu. Berjihad dengan sehabisnya mengunakan tulang empat kerat dan kepala otak ‘budak’ anugerah Allah itu. Mereka bina kembali keyakinan mereka, kuatkan azam mereka dan mereka tekad untuk berjaya dan menjadi hebat dengan meletakkan nama sekolah mereka sebaris dengan sekolah-sekolah kerajaan. Lintang menjadi penyelamat. Lintang gagah melangkah utnuk merubah nasib hidup mereka dengan kekuatan ilmu. Litnang menjadi guru dalam kelas mereka. Kawan mereka yang sebaya dengan mereka bertindak menjadi guru demi menyelamatkan masa depan mereka. Kini mereka lebih tekun. Situasi ini begitu menyentuh hati diri penulis kerana pengalaman sebegini penulis telah lalui zaman persekolah dahulu berada di sekolah Agama. Semasa zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohammad kerajaan Malaysia menarik bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat. Guru-guru bantuan juga ditarik. Penulis merasai sendiri keadaan kelas yang tidak mempunyai guru. Untuk kelas sains dan matematik kelas kami kosng tanpa guru. Alangkah malangnya kami kerana berada disekolah agama yang menjadi musuh si bangsat durjana kerana pemikiran politik sempit mereka. Tetapi perkara itu tidak mengoyahkan kami anak-anak muda yang sayangkan Islam. Antara kawan-kawan kami ada yang menghadiri kelas tuisyen dan merekalah yang bertindak sebagai guru di dalam kelas. Setiap hari kami bersolat hajat di surau sekolah memohon doa diberi kejayaan dan agar dibuka pintu hati kepada orang yang memeusihi golongan yang bersekolah di sekolah agama.



Alhamdulillah doa kami diperkenankan oleh Allah. Hasil usaha kami walaupun tanpa guru sains, matematik dan kemahiran hidup kami berjaya mencipta rekod cemerlang untuk sekolah kami. Sekolah kami antara yang terbaik keputusan PMR disekolah sekitar Machang dan mampu mengugat keputusan sekolah-sekolah kerajaan. Maha suci Allah dengan kelebihan yang diberikan.



Anak-anak filem laskar pelangi gigih mengejar cita-cita. Mereka membina diri mereka dengan ilmu dunia yang disaluti dengan ruh Islam. Akhirnya walau di mana mereka dicampak mereka bisa hidup di dalam batasan syariat Allah. Kenal mana halal mana haram, kenal mana hak mana batil. Merekalah yang bakal bertebaran dan berbaiah untuk berjuang di atas agama Allah. Agama sekalian Alam.



Jam sudah menunjukkan tepat pukul 5 pagi. Mata tidak lagi mengantuk. Penulis mula memikirkan nasib diri dan masa depan yang cukup panjang. Hanya buku sebagai teman. Buku ditatap sehingga masuk waktu subuh. Nikmatnya menagih simpati ilmu… Allahu rabbi…

7 Cetusan minda:

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil 15 November 2009 pada 6:47 PG  

kali pertama ana sebak baca entry enta.

ana tidak ada pengalaman semacam enta.
cukup serba serbi.

tapi ana bersekolah agama, yang sekolah kurang menitik beratkan hal ehwal agama. sehingga ana dan sahabat lain terpaksa cari sendiri apa yang sebenarnya kami perlu dapat.

Lebah 15 November 2009 pada 6:05 PTG  

erm..

sudah baca novel Laskar pelangi dan melihat movienya juga...

sangat 'inspiring'...

p/s: pendidikan itu adalah hak semua...[harap dapat menjadi seorang guru seperti Buk Salmah]

مَعهَدين الُمعلمْ 15 November 2009 pada 6:41 PTG  

betul tu cik lebah..

Filem Laskar Pelangi boleh dijadikan satu bahan motivasi untuk guru-guru.

Itulah sebenar 'roh' seorang guru..
bukannya material yg mnjadi kegilaan..

tp skrg bakal guru dan guru dh jauh dari semua itu..

Wardah alisya 22 November 2009 pada 9:30 PTG  

Laskar Pelangi--sangat menyentuh hati, movie nya sudah ditonton...novelnya masih dlm pembacaan.

Kagum dgn semangat Bu Mus dan Pengetua SD Muhammadiyah =)

Lebah 4 Disember 2009 pada 10:27 PG  

bkn saja Cik Agha yang perlu ditanya sebegitu

rasanya semua guru harus dipersoalkan sebegitu rupa [BILA KITA SEMUA (PENDIDIK) BISA JADI BEGITU?]

  ©Template by Dicas Blogger.