Isnin, 2 November 2009

Bekas Mufti Perlis Ditahan Semasa Adakan Ceramah


KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) — Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad malam.


Menurut beberapa saksi, Asri ditahan semasa berceramah kira-kira pukul 12.10 tengah malam oleh polis serta pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kemudian dibawa ke Balai Polis Hulu Klang.


Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib.
Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.


– BERNAMA
HIKHIK!!!!.....
1Malaysia....

2 Cetusan minda:

sharida shariman 3 November 2009 pada 2:02 PTG  

salam..bukak semua blog mesti ckp ttg bekas mufti perlis..munkin pa yg terjadi kat dia tu balasan atau dugaan Allah..selepas dia rosakan nama Faisal Tehrani.setiap orang xsempurna amalannya apa-apa pun dia bekas mufti.
sharidashariman.blogspot.com

مَعهَدين الُمعلمْ 3 November 2009 pada 3:09 PTG  

sy mmg xsuka gaduh benda2 khilaf.
baiklah fikir nk tegakkan negara Islam dari dop berbalah pasal wahabi dan lain-lain.

Walaupun beberapa pendapat dr asri sy xstuju tapi boleh dibahaskan dengan cara ilmiah.

  ©Template by Dicas Blogger.