Ahad, 1 November 2009

Minggu study week gila gaban..

Inilah rutin minggu study week bagi pelajar-pelajar UPSI. Sebenarnya dalam kehidupan sebagai pelajar universiti dalam minggu study week ada berbagai perangai manusia yang kadang-kadang agak pelik. Maklumlah tekanan ezam itu kadang-kadang memberi kesan yang tidak baik dari segi mental dan fizikal.

Aku sendiri Alhamdulillah melalui kehidupan sebagai seorang pelajar dalam keadaan normal. Minggu study week aku study dan kerja-kerja lain tetap berjalan baik amanah atau kerja sampingan.

Sebenarnya aku suka melihat gelagat kawan-kawan aku di dalam minggu study week nie. Kalau sebelum nie tak suka sangat layan movie tapi bila masuk minggu study week lah mula nak layan sume movie-movie yang ada dalam lap top. Dari satu movie ke movie yang lain. Itu barangkali yang hendak dijawab di dalam ezam.

Ada yang suka tido dalam study week. Kenikmatan tido di dalam study week memang terasa kerana ketiadaan kuliah dan juga assignmen. Jadi masa ‘free’ itu diisi dengan melayan nafsu mata sepuas-puasnya. Dari pagi sampai petang dan malam asyik tido jer memanjang. Haram jadah betol..

Malam tadi aku ada meeting surau selepas Isya. Bergema laungan semacam sorakan penonton bola sepak di stadium. Baru aku ingat rupanya pasukan Kelantan VS Perlis pada malam ini. Bilik TV KHAR dipenuhi penyokong Kelantan. Ada berbagai rupa. Ada yang berkopiah. Berkain sarung, berseluar pendek. Ada yang berkopiah tapi mulut menyumpah-yumpah marahkan pemain Perlis(penyokong Kelantan la tu).. ermm…. Bola punya pasal. Memang gila bola. Alhamdulillah Kelantan menang mengatasi Perlis 3 berbalas 1. Perlawanan yang cukup menarik diantara kedua-dua pasukan. Jadi pada 7 haribukan ini akan dilangsungkan perlawanan akhir di Bukit Jalil. Sudah ada ura-ura budak-budak Kelantan dah menempah bas khusus untuk ke sana. Pada masa yang sama semua pelajar UPSI akan bergelut dengan minggu peperiksaan..huhuhu.. bola punya pasal. Bola no satu beb.. tapi pelajaran bukan no. 2..eh.. mcm pernah dengar je ayat nie..hehe..

Habis tengok bola kol 11 aku masuk bilik. Nak study group ngan member. Study la konon. Eh InsyaAllah study. “Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian” aduh!!! Memang rugi sungguh. Buat apa la aku tengok bola. Banyak lagi yang aku tak prepare. Pengenalan Kimia, Biologi Perkembangan, Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains, Biokimia dan Mikrobiologi, Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan, Pembangunan Koswer dalam Biologi dan juga Palapes…ermm.. itulah paper yang aku wajib ambil sem nie. Wajib ambil wajib ezam. Eh.. tolak palapes jer yg tak ezam. Palapes garenti aku dapat A nanti..hehehe.. Rezeki Allah bagi.. Alhamdulillah..

Dop tengah best study kol 1 pagi ada lagi yang bersorak mcm kat stadium. Aduh… pelik betol. Apala yang disorakkannya. Dah giler ke ape budak-budak nie.

Ermm.. Taoi itulah realiti minggu study week. Segalanya kelam kabut dengan tingkah laku manusia yang pelbagai. Manusia yang mewarnai alam ini dengan tingkah laku dan perbuatan yang tersendiri. Tetapi biarlah tingkah laku itu berada dalam ruang lingkup adab kita sebagai seorang Islam. Lepak tetap lepak janji hidup itu selalu gempak dengan nilai-nilai Islam.

Majulah diri untuk Islam..

Wassalam…

2 Cetusan minda:

azzam 3 November 2009 pada 7:53 PG  

owh..upsi gupenyeer....name pown study week kn??rilek...nie da final da nie,wish all de bes..~!hehehe...blaja kerna allah,bukn kerna PEKSA K??ADIOOS...~!

  ©Template by Dicas Blogger.