Sabtu, 25 Julai 2009

Sesuatu yang baru yang ditakuti..

hehe.. kami tetap bahagia. Alhamdulillah esok aku n da geng akan menjalani latihan tempatan untuk kali yang ketiga untuk sem ini. habis je latihan pada minggu nie maknanya akan berbaki 2 minggu latihan lagi.

huhuhu.. tak sabar nak habiskan. sedikit sebanyak latihan pada hujung minggu menggangu serba sedikit masa untuk buat assignmen dan untuk belajar. sudah 5 sem aku berada di dalam Palapes dan hidup selama 5 sem didedahkan dengan kehidupan sebagai seorang tentera banyak memberi tunjuk ajar kepada aku secara langsung dan juga tidak langsung.

Apa yang aku dapat selama di dalam palapes selain ilmu-ilmu ketenteraan yang paling aku rasakan ialah keyakinan. Sebagai seorang pemimpin keyakinan amat-amat diperlukan. Dengan keyakinan segala kerja akan jadi kerja dan segala masalah akan dapat diselesaikan dengan cara baik. Melalui keyakinan tiada halangan untuk mendapat kejayaan. Cuma yang tinggal ialah usaha dan tunjuk ajar daripada orang lebih berpengalaman.

Sememangnya dulu aku adalah orang yang begitu takut untuk bercakap di hadapan orang ramai. Tapi setelah menyertai Palapes aku dapat rasakan kelainan. Latihan fizikal dan mental di dalam Palapes begitu banyak membentuk diri aku untuk menjadi pemimpin.

Makna pemimpin di sini tidak terhad kepada orang yang mempunyai jawatan sahaja malah menyeluruh kepada setiap individu yang mempunyai tugas-tugas dan tanggunjawab tertentu yang mana individu-individu ini ialah juzuk-juzuk yang saling melengkapi antara satu sama lain. Ibaratkan sebuah kereta yang mana benda yang palin penting bagi sebuah kereta ialah enjinnya, akan tetapi kereta yang tidak mempunyai cermin maka tempanglah kereta itu.

Sahabat-sahabat sekalian. Anggaplah diri kita penting untuk semua orang dan berusahalah untuk membentuk diri untuk menjadi insan yang berguna. Cuba sesuatu yang baru kerana sesuatu yang baru itu mungkin menjadi titik permulaan kecemerlangan diri.

Akhir kata... Salam Perjuangan.

  ©Template by Dicas Blogger.