Jumaat, 20 Ogos 2010

Provokator pengkhianat negara..

Saya rasa cukup takut dengan situasi yang ada di negara sekarang. Saya menjengah panjang post-post di dinding Facebook kawan-kawan. mata tajam mencari apa yang paling sensasi dan yang paling panas pada hari ini. Sudah semestinya berita-berita mengenai politik menjadi perhatian saya. Kini politik “parang” bergoncang lagi. Maksud saya bukan kita menebas parang dalam berpolitik. Tetapi bibit-bibit provokator yang bisa mencetuskan keadaan huru-hara di dalam negara kita yang tercinta ini. Siapa yang sanggup melihat peristiwa 13 Mei berulang kembali? Siapa yang sanggup melihat darah-darah merah sekali lagi mengalir laju dijalanan? Siapa yang sanggup melihat kepala-kepala rakyat Malaysia bergolek ditendang antara satu sama lain akibat dendam perkauman yang dibina?



Saya cukup kesian dengan Ketua Menteri Pulai Pinang. Walaupun dia berbangsa cina tetapi saya masih mempunyai rasa belas kasihan diserang oleh ejen-ejen provokator UMNO bertali arus sehingga beliau lemas dalam serangan itu. Serangan nampak nya semakin hari semakin berbisa. Tonik apa yang harus Lim guna untuk menangkis serangan-serangan politik yang dihala kepada kerajaannya? Nabi berpesan supaya kita mengasihi kafir zimmi kerana mereka tidak menentang Islam. Tetapi nasib si Lim ejen provokator mencipta isu seolah-olah beliau anti kepada Islam dan juga Melayu. Kisah yang paling dajjal yang terbaru adalah kisah khutbah jumaat dan nama Lim dalam teks khutbah jumaat.



Saya yakin dan percaya ia agenda pihak tertentu untuk memecahbelahkan semangat perpaduan kaum di antara kaum di Malaysia. Ada pihak tidak senang melihat perkembangan politik yang berlaku sekarang lantas mencipta isu agar dianggap sebagai hero oleh kaum sendiri. Sah inilah kerja UMNO dan Barisan Nasional.



Saya mengharapkan isu ini dapat difahami secara tuntas oleh rakyat. Rakyat perlu menilai isu dengan hati bukannya dengan nafsu. Rakyat perlu mencari maklumat yang sahih sebemum bertindak membawa cara politik mereka.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.