Ahad, 15 Ogos 2010

Bermujahadahlah dalam menuntut ilmu..


Membaca postingan di wall facebook kawan-kawan sungguh seronok hari ini. Rata-rata membincangkan soal masa depan yang hendak dilalui. Semester 7 adalah semester keramat yang setiap orang daripada kami biasanya sudah menetapkan jalan sendiri untuk dilalui selepas ini. Wall facebook aku dan kawan-kawan sibuk membincangkan niat untuk sambung belajar.



“belajarlah dari buaian hingga ke liang lahad” bila aku sebut soal menuntut ilmu teringat para ilmuan-ilmuan hebat dalam sejarah yang cukup konsisten menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu.



Dr Aidh Al-Qarni..



Imam Syafie..



Imam Nawawi..



Imam malik..



Mereka sebenarnya adalah ikon-ikon yang kita boleh jadikan teladan untuk menuntut ilmu. Memang mujahadah mereka cukup hebat dan membanggakan. Bacalah kisah mereka menuntut ilmu dan menulis kitab-kitab Islam pasti timbul rase tidak percaya dengan mujahadah mereka menuntut ilmu.



Saya membaca buku-buku yang ditulis oleh orang-orang yang hebat. Kadang-kadang mengeluh resah dengan kandungan buku yang ditulis.



“MasyaAllah berat sungguh kandungan buku ini. Cukup tinggi penulisan dan pengkajiannya”



Bagaimana aku boleh menjadi seperti insan ini. Ilmu dan pemahaman tentang ilmu cukup tinggi. Ditulis dalam disiplin ilmu yang cukup tersusun dan mantap.



Memang menuntuk ilmu itu memerlukan mujahadah yang cukup tinggi. Ilmu bukan sekadar dituntut. Ilmu yang kita dituntut seharusnya menghasilkan satu ilmu baru. Ilmu itu akan mencorak dunia dengan lenggok perjalanannya yang mesti berlainan dengan ilmu lain.



Kadang-kadang terdetik rasa kagum dengan ilmuan barat yang mengolah ilmu-ilmu saintis Islam. Mereka berjaya mencipta atau melahirkan berbagai perkara dengan asas-asas ilmu yang disediakan oleh ilmuan Islam. Mujahadah mereka dalam menuntut dan mengkaji ilmu wajar dipuji. Seorang ilmuan barat yang mendapat anugerah di Britain apabila ia menulis berkenaan solat dan sains. Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa barat menjuarai ilmu ini sedangkan solat adalah satu ibadah umat Islam. Yang menjuarainya dari segi pengkajian ilmu adalah orang-orang barat.



Ilmu juga seperti racun yang boleh merubah fikiran serta akidah. Aku mendengar kisah yang diceritakan oleh Dr Danial (seorang ilmuan Islam yang terjun dalam bidang kedoktoran) bagaimana para intelektual-intelektual barat menganut akidah Islam yang suci hasil pengkajian mereka terhadap ilmu-ilmu yang mereka pelajari. Hasilnya mereka mengesakan Allah sebagai pencipta alam.



Berani saya katakan kita amat jauh daripada roh itu. Ilmu kita tidak mendatangkan kesan apa-apa kepada diri kita baik dari segi emosi, jasmani dan spiritual. Tidak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal ini. Ia berpunca daripada diri kita yang gagal menjiwai disiplin ilmu dan juga roh ilmu.



Aku sekarang terjun dalam bidang sains. Bidang yang cukup luas sebagaimana bidang-bidang lain. Aku mengharapkan satu tujahan minda yang berlaku dalam diri aku untuk menerukan mujahadah dalam bidang ini. Ia sukar tetapi aku mahu lakukannya juga. Demi mencari redha ilahi disebalik pencarian ilmu yang tak akan pernah tamat.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.