Isnin, 9 Ogos 2010

Perubahan Mahasiswa kerana sahabat

Semester yang tujuh berjalan dengan penuh kenagang-kenangan dan pengalaman-pengalaman baru. Pengalaman yang akan mendidik jiwa seorang bakal guru untuk menjagi guru yang hebat dan berjiwa besar. Dari semester 1 hingga semester 7 ia satu proses yang cukup panjang untuk membina jiwa yang aku ada pada hari ini. Dulu bermula semester 1 aku tidak kenal siapa diri ini. Masih terkapai-kapai diantara perkara yang hak dan batil. Kadang-kadang ke sana dan kadang-kadang kesini. Mengikut keadaan persekitaran dan iman yang sentiasa berubah.



Tetapi ia mula berubah apabila kita berusaha mencari titik perubahan. Kini aku mampu membina adik-adik usrah aku membina idealisme diri untuk menjadi orang yang hebat. Titiknya adalah kemahuan ingin berubah dan juga kesangupan untuk menerima sebarang respon dari keadaan sekeliling yang kadang-kadang begitu menekan kita. “aku ingin berubah” Frasa ini mudah untuk diungkapkan. Tetapi tidak mudah untuk diaplikasikan di dalam kehidupan. Nyata dalam proses aplikasi anda akan bertemu dengan ranjau-ranjau yang cukup banyak dan mencabar.



Aku berasal dari sebuah sekolah agama yang memang terkenal di Kelantan. Sekolah agama yang telah melahirkan ramai ulama dan juga intelktual-intelektual Islam yang hebat. Tidak kurang juga ia telah melahirkan ramai aktivis-aktivis perjuangan Islam yang cukup gigih seperti anak Tok guru Nik Aziz sendiri iaitu Nik Abduh dan ramai lagi. Populariti bersekolah agama itu aku bawa. Bukannya ingin mencari populariti tetapi terasa bagaikan popular kalau ada yang tahu yang kita bersekolah disitu. Mungkin populariti sekolah juga memainkan peranan yang cukup penting dalam meniti perubahan dalam diri seseorang. ‘SAHABAT’. Sekolah yang hebat juga akan bersama sahabat-sahabat yang hebat. Semasa di sekolah aku tidak peduli sangat dengan khebatan kawan-kawan. Hebat dari segi ilmu, berhujah, berpesatuan dan sebagainya. Tetapi alangkah hebat kuasa Allah apabila aku menyedari kehebatan sahabat-sahabat lama aku semasa di sekolah apabila aku sudah menjejakkan kaki ke universiti. Persekitaran sahabat-sahabat di universiti juga memainkan peranan penting.



Kehebatan sahabat juga adalah satu titik untuk aku mencari perubahab diri ini. Apabila menjejakkan kaki ke UPSI aku dapat bertemu dengan orang-orang hebat yang beridealisme. Mereka menjadi pemangkin kepada diri aku dari segenap sudut. Masih terbayang-bayang lagi wajah-wajah senior yang tidak putus-putus aku kagumi dan kini aku memainkan peranan penting membawa idealisme mereka kepada adik-adik di Universiti Pendidikan Sultan Idris.



Nak jadi hebat dengan perubahan yang mantap carilah sahabat yang beridealisme dan dekat dengan Allah.. AMIN!!

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.