Selasa, 20 Julai 2010

Felda Sungai Tengi in

Asyik bergambor jer... kerjanya tak siap..huhu
Asyik dengan membilang biji sawit sampaikan kena snap pun tak perasan..
Bayangkan brader nie isi sawit satu lori hanya dibayar RM16.. wooo susah nk dapat duit woo..
mungkin ini pengalaman pertama mereka menaiki 'menatang' nie

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana memilih hamba-hambanya yang bertuah untuk diisi dengan ilmu dan pengalaman yang bermanfaat dalam meneruskan perjuangan di dunia ini. Perjuangan ini seharusnya datang daripada banyak sudut dan dinilai dengan perkiraan yang berbeza-beza.



Kami para pelajar daripada Fakulti Sains dan Teknologi baru sahaja menamatkan program baktisiswa di Felda Sungai Tengi. ‘first impression’ apabila terdengar perkataan felda terbayang berbagai-bagai perkara di kepala aku. Dari segi politik, ekonomi, budaya dan sebagainya.



Dari segi politik dimomokkan dengan kebanyakkan penduduk felda adalah penyokong tegar parti melayu, dari segi ekonomi dari dulu lagi aku dengar penduduk felda sekarang tidak macam dulu lagi. Setelah berpuluh-puluh tahun mengerjakan tanah kerajaan mereka kini mampu mengoyang kaki menikmati hasil penat lelah mereka memajukan tanah felda. Dengar cerita duit felda lesap ape cerita?huhu..



Ketibaan di felda pada jam 9 malam disambut oleh bakal ibubapa angkat kami. Mungkin mereka menunggu sejak awal lagi untuk menyambut bakal anak angkat mereka yang akan bersama mereka selama 3 hari 2 malam. Selama 3 hari 3 malam inilah manusia-manusia ini yang akan menyusahkan mereka untuk memasak, menghantar ke tempat program dan sebagainya.



Dari satu sudut ibu dan bapa angkat harus dipuji. Walaupun mereka sudah mempunyai ramai anak-anak angkat sebelum ini tetapi mereka seolah-olah tidak jemu untuk menerima anak angkat lagi. Mereka melayan kami dengan baik, kebajikan dijaga, tidak mengira bangsa atau kaum kami dilayan seperti anak mereka sendiri.



Kami juga didedahkan dengan sebahagian pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk felda sungai tengi iaitu mengait dan mengutip buah kelapa sawit. Sekali imbas ia macam pekerjaan yang senang. Usah kata nak mengait buah kelapa sawit, mengutip buah kelapa sawit yang relai itu pun ramai yang curi tulang. Takn sanggup membongkokkan badan tertungging mengutip buah kelapa sawit. Generasi mana entah pemuda-pemuda anak-anak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Maha Adil Allah Taala tidak menetapkan mereka sebagai pekerja beban yang terpaksa menanggung penat sebagaimana penduduk felda sungai tengi. Itulah falsafah yang bisa kita kutip.



Kadang-kadang mulut tidak seiring dengan perbuatan. Mulut lancang berkata-kata,berkata mampu itu dan ini. Apabila berada di lapangan mulalah mencari alasan dan berubah sikap kerana ia tidak tahan. Mungkin bukan dilahirkan untuk menjadi sedemikian. Mungkin juga ditakdirkan untuk belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk menjadi guru akhirnya bila menjadi guru tidak sampai 2 tahun terus meletakkan jawatan disebabkan ia bukan dilahirkan untuk menjadi sedemikian. Maha suci Allah yang mengatur semuanya.

3 Cetusan minda:

✿ANNURLHAM✿ 20 Julai 2010 pada 9:00 PG  

Ya Allah, seronok tak dapat rasa pengalaman duduk sekejap di dalam felda...?
Tinggal di felda ni banyak pro n kontra. Bergantung pada anti-virus iman kita terhadap anasir-anasir yang masuk.
Apa-apapun, rindu nak balik felda sebab 14tahun membesar dalam kawasan felda sebelum berpindah ke kampung halaman...=)

Mohamadazhan.com 20 Julai 2010 pada 3:59 PTG  

ni felda area P.Hulu Selangor kan? sempat ziarah PRK lepas :)

zul,  21 Julai 2010 pada 2:48 PTG  

hehhe...
seronok juga dop di felda nie.
Lain skit dari suasana kampung biasa.

Mohamadazhan: hehhe... felda ini memang kuat UMNO.Lotih den nak melayannya.. serabut perut jer..

  ©Template by Dicas Blogger.