Selasa, 12 Mei 2009

Budak hitam VS Sepet

Alkisah seorang budak itam. Bolehlah kiranya mengelarkan dirinya sebagai Men In Black. Tajuk movie sensasi dari barat. Tapi kisah budak hitam ini lebih sensasi dengan persilatan dan sepak terajangnya yang membuta tuli akhirnya memakan diri.

Dia dan gerangan pesilat-pesilat handal melayu akhir zaman bersama-sama senjata-senjata berat datang dengan angkuh menakluk tanah Darul Gamuda. Kononnya akulah hebat. Akulah yang bisa mengalahkan si Melayu sepet si Penderhaka(Sepet terkenal dengan ayatnya “Patik Mohon Derhaka”). Maka langkah-langkah persilatannya dihayun penuh dengan langkah sumbang dan menjijikkan. Persilatannya bermula dengan dua orang melayu yang memang pondan yang suka melompat-lompat macam kera mendapat bunga melompat kegembiraan. Mungkin bunga yang si haprak dua ekor tu dapat nilainya berjuta-juta. “Arrgghhhh…Ape aku peduli. Janji aku dan anak bini selamat dapat makan. Persetankan harapan rakyat. Ape yang rakyat dapat bagi aku sekiranya aku dapat penuhi harapan rakyat. Baik aku melompat jadilah kera dan aku semacam serupa sama”

Semboyan peperangan terus ditiup dengan rakusnya oleh sang ‘perogol’ demokrasi. Terus berkokok dengan gah dan kuat skali untuk menonjolkan akulah yang terhebat. Akulah si perompak yang paling mahsyur yang tidak dapat digugat lagi. Sepet sudah jatuh tersungkur. Aku kemegahan tertawakan kepada si sepet. Pejuang Islam konon..”hancur kau sepet”.. “bangunlah kalau kau betul-betul hebat dan pejuang jemaah yang sejati”. Kata budak hitam dengan sombongnya.

Si sepet tesenyum pasrah dengan pekikan dan lolongan itu. Senyunman yang mengambarkan segala penyerahan hanya pada Allah. Hanya kepada Allah tempat untuk mengadu, merayu, merintih, meminta dan segala macam permintaan selaku sepet makhluknya yang tawaduk. Segala cabaran dan dugaan dilalui dengan penuh kepasrahan dan berlapang dada. Tidak sedikit pun diluahkan kegelisahan dan kekacauan hati oleh sepet. Baginya penindasan ke atas haknya makin menguatkan dirinya selaku hamba Allah yang kecil lagi hina. Dikuatkan azamnya di laksanakan kerja disusun strategi untuk membalas balik serangan budak hitam dengan cara yang paling jantan dan berhikmah.

Sepet dan sekalian ahli jemaah dengan bantuan akal fikiran dariapda Allah Taala memperjalankan strategi dengan hebat skali. Segalanya berjalan dengan baik lagi lancar. Segala buat kerja diniatkan kerana Allah Taala tanpa sedikitpun untuk kepentingan diri. Segalanya untuk agenda perjuangan Islam yang cukup banyak rintangannya.

Strategi dirancang, tetapi budak hitam menganas lagi. Speaker ditukar dengan cara yang paling tidak bertamadun. Macam singa gila yang gilakan pangkat dan jawatan. Sekali lagi sepet dan barisan jemaahnya hampir jatuh tersungkur. Tapi dengan sisa-sisa kekuatan kekuatan yang ada sempat bergayut di tali yang ampuh. Talian hayat barangkali.

Maka tanggal 11 Mei 2009 Mahkamah mengisytiharkan kemenangan bergaya hak milik sepet dan jemaah. Maka bergembiralah jemaah dan sekaliannya. Tetapi apa-apa pun ingat pesan sifu kita di Pulau Melaka(Otai lama dalam Jemaah) iaitu jangan terlalu gembira dengan keputusan ini. Maka buatlah sujud syukur dan puasa sunat esok…

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.