Rabu, 11 Mac 2009

Mehnah dan Tribulasi

Dalam kehidupan seorang pejuang, mehnah dan tribulasi perjuangan adalah antara logi penting untuk difahami dan dihayati. Kepentingan untuk menerima dan memahami entiti ini akan menentukan kerberlangsungan stamina perjuangan seterusnya menguatkan keyakinan akan meksud perjuangan yang lebih besar.

Apabila ditimpa ujian dan mehnah, hati senantiasa menitik untuk mengingati Allah SWT sebagai tujuan kehidupan. Maksud dalam mencari keredhaan Allah SWT semakin hari semakin kuat apabila ditimpa ujian dan mehnah.

Tetapi, apabila tautan hati antara Pemilik Hati dan peminjam hanyalah seperti ikatan tumpul menyongsang kumpulan rumput, hati akan menjauh. Kadang-kadang membungkam. Akhirnya, arah hati dan maksud keputusan yang dibuat belum tentu benar atau tidaknya.

Akibat daripada keaalpaan nilai dan kerakusan nafsu, keputusan akhir yang dibuat juga mungkin adalah simpati akal yang pendek atau kepalsuan keindahan yang sementara.

Saya semakin mengerti betapa hati yang diberi pinjam oleh Tuhan ini rupanya semakin hari semakin menjauh, ikatan yang diberi Tuhan ini hanyalah simpulan tumpul.

Kerapkali seusai keputusan dibuat, hati meronta menyebut mungkinkah ada penilaian lain untuk keputusan sebentar tadi. Hati menjenguh seolah tidak selesa, meronta mengilai mencari kedamaian lain sehingga akhirnya hati kembali menangis tanpa mengerti untuk apa.

Air mata yang selama ini ditadah hanya pada sujud untuk Tuhan sudah menjadi murah.

Mengalirnya air yang cukup tinggi hitungan nilainya itu seperti mengalir sungai-sungai jauh dari anak bukit. Deras, laju dan mendongkah arus. Batu keras dialih. Kayu kayan bersepah diterjah. Olakan air menjadi sebab teluk yang dalam pada sungai ditengah hutan.

Air mata yang mengalir sudah jauh nilaiannya untuk Tuhan. Murah menangis hanya kerana upaya manusia.

Kesedaran menghadapi mehnah dan tribulasi ini yang masih menahan saya untuk tidak menjadi insan lain.

Ini bahagian saya yang ditentukan Tuhan, untuk rakan lain, kalian sebenarnya ada jalan lain yang lebih indah dan teratur, Tuhan mahu menguji adakah saya cekal dengan ujian, atau terduduk dengan lontaran kecaman?

Tuhan mahu menilai adakah saya disini dengan maksud agama atau sekadar menjengah umur yang pendek untuk merasai manisnya hidup? Tuhan telah menetapkan untuk saya menghadapi dunia dengan hati yang sebegini dan upaya saya meneladani hati untuk untuk menjadi baik adalah maksud akhir sebelum kain putih membalut badan. Saya mendoa, dan terus berdoa agar keyakinan ini kekal bahawa saya disini adalah untuk menyempurnakan maksud agama dan menjadi benteng akhir mengekang kehancuran kehidupan beragama.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.