Ahad, 8 Mac 2009

Biadap terhadap Yang Dipertuan Agong..

antara banner yang dihasilkan oleh Mahasiswa


Setibanya saya di masjid negara suasana agak kelam kabut. Nampak kepulan asap yang memenuhi suasana. Terasa pedih dimata sambil melilau2 untuk mencari parking motor. Apa yang aku sangka rupanya akan terjadi. Sudah pastinya pihak polis tidak akan berdiam diri terhadap orang yang menentang dasar tuannya. Bagaikan anjing yang menyalak garang memarahi orang yang mengacau tuannya. Tetapi ini tidak boleh disamakan dengan anjing kerana pihak polis adalah manusia yang mempunya akal fikiran. Tetapi sendiri mau ingatlah…

Agak geram juga dengan tindakan polis yang membedil gas pemedih mata terhadap rakyat yang ingin berhimpun secara aman. Seperti manusia yang tidak menghormati yang dipertuan agong. Penyerahan memorandum telah diperkenankan oleh Yang dipertuan Agong. Tetapi telah disekat dengan begitu biadap oleh kerajaan BN-UMNO dengan bantuan anggota polis yang sentiasa bersiap sedia menjadi balaci UMNO. Nak dimarahkan kepada polis tidak guna juga kerana aku faham dengan tugas polis sebagaimana juga tugas tentera. Mesti mengikut cakap orang atasan.

Aku parking motor berdekatan dengan taman sebelah dengan masjid Negara. Kelihatan orang ramai masih berpusu-pusu menuju ke masjid Negara dihiasi dengan laungan kalimah tauhid membesarkan tuan punya dunia. Kepadanyalah kami semua berserah menentukan nasib bahasa kami yang kami cuba pertahankan. Moga Allah Taala melihat perhimpunan ini suatu perjuangan menuntut hak. Memang melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan. Kalau berpisah nescaya kedua-duanya akan hancur secara senyap-senyap. Cubaan mengingeriskan melayu memang sejak dulu lagi berlaku dan akan terus berlaku jikalau orang melayu terus dayus menerokai pembangunan tanpa menghiraukan identity sendiri. Bukan aku nak membesarkan perjuangan bangsa kerana parti Islam bukan objektifnya kepada kemajuan bangsa. Tapi perlu diperjuangkan kerana inilah satu-satunya bangsa dan bahasa yang bersatu tubuh dengan Islam dalam konteks Malaysia sekarang.

Di dalam kawasan masjid bergema laungan ‘Hidup Bahasa’ dan juga laungan takbir ‘Allahuakhbar’. Aku agak terlambat sampai ke masjid Negara apabila telah terlepas untuk bersama-sama beberapa pemimpim besar PAS dan juga Sasterawan Negara yang tidak asing lagi iaitu A.Samad Said. Hanya sempat mendengar amanat yang dilaungkan oleh saudara Mahfuz Omar sahaja dan selepas itu dacaan doa yang penuh bersemangat oleh Ustaz Ghani. Bacaan doa yang mampu mengalirkan air mata kerana cintakan Islam dan bahasa Melayu.

0 Cetusan minda:

  ©Template by Dicas Blogger.